1

Majlis Penyampaian Sumbangan Bersama Pihak Pertubuhan Bukan Kerajaan (Ngo)

MELAKA TENGAH, 19 Mac – Pertubuhan Kebajikan Mohd Chan dan Yayasan Mualaf Malaysia hari ini telah menyalurkan bantuan sumbangan kit makanan kepada 20 mualaf dan 50 orang pengayuh beca di negeri ini sebagai persediaan bagi mereka menyambut kedatangan bulan ramadhan al-mubarak.

Yang Dipertua Negeri Melaka; Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (DR) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam dan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Melaka (MAIM), YB Datuk Hj Md Rawi Bin Mahmud diiringi Mufti Kerajaan Negeri Melaka; Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Tawil telah menyampaikan sumbangan bantuan kit makanan tersebut kepada muallaf yang menerima sumbangan tersebut bertempat di CEB Cafe, Melaka yang telah dirasmikan pembukaan restoren berkenaan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka; Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (DR) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam.




Kelas Talaqqi Ilmi Siri/1 2021

BUKIT BARU, 16 Mac – Kelas Talaqqi Ilmi Siri Pertama bagi Tahun 2021 telah diadakan di Dewan Perpustakaan Awam Negeri Melaka. Pengajian yang dihadiri seramai 90 orang terdiri dari orang awam, pesara dan kakitangan kerajaan itu berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Program ini dianjurkan secara bulanan dan pengajian ini telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Wira Hj. Rashid Redza bin Hj. Md. Saleh, Mantan Mufti Kerajaan Negeri Melaka.  

Majlis ini telah diadakan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit Covid-19.




Majlis Amanat Tahun Baharu Dan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

BANDAR HILIR,15 Mac – Jabatan Mufti Negeri Melaka telah mengadakan Majlis Amanat Tahun Baharu Dan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Jabatan Mufti Negeri Melaka bertempat di Hotel Hatten, Bandar Hilir, Melaka.

Majlis dimulakan dengan ucapan dan amanat khas oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan rasa syukur atas kurniaan yang Maha Esa kerana masih diberi kesempatan melaksanakan tugas sebagai penjawat awam. 




Sesi Taklimat Kesedaran Anti Rasuah Serta Ikrar Bebas Rasuah 2021

BUKIT PALAH, 8 Mac – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Dan Jabatan Mufti Negeri Melaka (JMNM) menyokong hasrat SPRM bersama-sama menjauhi rasuah dengan melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) hari ini bertempat di Bangunan Majlis Agama Islam Melaka, Bukit Palah, Melaka.

Para pegawai dan kakitangan dari Jabatan Mufti Negeri Melaka (JMNM)  dan Majlis Agama Islam Negeri Melaka (MAIM) telah melafazkan Ikrar Bebas Rasuah di hadapan Naib Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka; YB Datuk Haji Md Rawi Bin Mahmud, Mufti Kerajaan Negeri Melaka ;Sahibus Samahah Datuk Haji Abdul Halim bin Tawil dan YBhg. Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim ;Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Melaka (MAIM) sambil disaksikan oleh Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Melaka, Tuan Ahmad Faizul bin Abdul Rashid.