1

Program Bicara Mufti Sempena Ramadhan Al-Mubarak 2021

PULAU SEBANG, 29 April – Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid as Syahidin Pulau Sebang Melaka telah menganjurkan Program Bicara Mufti Sempena Ramadhan Al-Mubarak 2021 yang telah berlangsung bermula pukul 4.30 Petang hingga 10.30 malam semalam.

Program dimulakan dengan solat asar berjemaah dan Majlis Khatam Al-quran oleh pelajar-pelajar dari Sekolah Rendah Agama Pulau Sebang. Seterusnya, majlis diteruskan dengan tazkirah ramadhan oleh Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka. 

Program kemudian diteruskan dengan Majlis Penyerahan Bantuan Kepada Asnaf-Asnaf di dalam kariah masjid berkenaan.Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah menyampaikan bantuan berkenaan kepada 30 orang penerima yang hadir terdiri dari penduduk di kawan berkenaan.