1

Program Bicara Mufti Sempena Ramadhan Al-Mubarak 2021

PULAU SEBANG, 29 April – Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid as Syahidin Pulau Sebang Melaka telah menganjurkan Program Bicara Mufti Sempena Ramadhan Al-Mubarak 2021 yang telah berlangsung bermula pukul 4.30 Petang hingga 10.30 malam semalam.

Program dimulakan dengan solat asar berjemaah dan Majlis Khatam Al-quran oleh pelajar-pelajar dari Sekolah Rendah Agama Pulau Sebang. Seterusnya, majlis diteruskan dengan tazkirah ramadhan oleh Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka. 

Program kemudian diteruskan dengan Majlis Penyerahan Bantuan Kepada Asnaf-Asnaf di dalam kariah masjid berkenaan.Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah menyampaikan bantuan berkenaan kepada 30 orang penerima yang hadir terdiri dari penduduk di kawan berkenaan. 




Program Mufti Bicara Mufti Sempena Ramadhan Al-Mubarak 2021 Masjid Tun Syed Ahmad Al-Haj Bukit Beruang Melaka

BUKIT BERUANG, 27 April – Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid Tun Syed Ahmad Al-Haj Bukit Beruang Melaka telah menganjurkan Program Mufti Bicara Mufti Sempena Ramadhan Al-Mubarak 2021 yang telah berlangsung bermula pukul 4.30 Petang hingga 10.30 malam semalam.

Program dimulakan dengan solat asar berjemaah yang telah diketuai oleh Tuan Haji Mohd Rashidi bin Abd Rahman; Imam 1 Masjid Tun Syed Ahmad Al-Haj. Seterusnya, Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka bersama Ahli Jawatankuasa Masjid Tun Syed Ahmad Al-Haj Bukit Beruang telah menyantuni dan menziarahi penduduk sekitar Masjid berkenaan.




Kunjungan Hormat Dari Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)

BUKIT PALAH, 26 April – Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil hari ini menerima kunjungan hormat dari Ts Dr Iskandar bin Abdul Hamid bersama delegasi dari Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) di Pejabat Mufti Negeri Melaka hari ini. Kunjungan hormat tersebut turut memberi ruang bagi kedua-dua belah pihak bertukar-tukar pendapat serta membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan.




Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit Peringkat Negeri Melaka Tahun 2021

BUKIT PALAH, 22 April – Warga kerja Jabatan Mufti Negeri Melaka telah menyertai Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit Peringkat Negeri Melaka anjuran Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM) yang berlangsung di Bilik Mesyuarat JMM pada pukul 11.00 Pagi hingga 11.10 Pagi tadi. Program yang memasuki tahun ke lapan ini adalah satu kempen peringkat nasional bagi mendorong komuniti menjayakan aktiviti pembacaan dalam keadaan yang menyeronokkan sama ada di perpustakaan, di rumah, di sekolah, di pusat membeli-belah atau dimana-mana sahaja.




Penyerahan Kurma & Buku Covid 19 Kepada Institusi Penjara

BUKIT PALAH, 22 April – Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka hari ini telah menyampaikan kurma pemberian Kedutaan Arab Saudi  kepada 5 Institusi Penjara di Negeri Melaka ini.




Cerapan Hilal Ramadhan 1442 Hijrahcerapan Hilal Ramadhan 1442 Hijrah

TG BIDARA, 12 April – Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam; Yang di-Pertua Negeri Melaka bersama YAB Ketua Menteri; Datuk Seri Utama (Dr.) Haji Sulaiman bin Md Ali. berkenan menghadiri Majlis Cerapan Hilal Ramadhan 1442 Hijrah bersamaan 2021 yang diadakan di Balai Cerap Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka.

Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Negeri Melaka diketuai oleh Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Melaka; Datuk Wira Hj. Abdul Halim bin Tawil telah melakukan cerapan ini seterusnya melaporkan kepada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Dalam pada itu, setelah menerima laporan dari semua Negeri-Negeri,  Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengisytiharkan  dan menetapkan Tarikh 1 Ramadhan 1442H jatuh pada Hari Selasa 13 April 2021.




Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan

BANDA HILIR, 9 April – Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan hari ini telah bersidang pada hari ketiga yang merupakan hari terakhir persidangan muzakarah khas kebangsaan. Mesyuarat di mulakan dengan pembentangan kertas makluman oleh bahagian penyelidikan JAKIM. Seterusnya telah dirumuskan hasil & sighah muzakarah oleh Pengerusi Mesyuarat; YBhg. Dato’ Haji Wan Zahidi bin Wan Teh. 

Mufti Kerajaan Negeri Melaka; Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Tawil telah menyampaikan cenderamata dari Jabatan Mufti Negeri Melaka kepada semua ahli Jawatankuasa MKI.




Majlis Pelancaran Buku Covid 19

MITC, 8 April – Majlis Pelancaran Buku Covid 19 telah berlangsung hari ini pada pukul 11 pagi bertempat di Hotel Muzaffar MiTC Melaka. 

Majlis dimulakan dengan ucapan  dari Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka dalam ucapannya mengucapkan sekalung tahniah kepada penulis buku tersebut iaitu Datuk Mohamad Din Yusoh kerana gaya penulisannya yang berkonsepkan muafakat ilmu yang telah ditulis sendiri oleh penulis dan diagihkan kepada orang ramai tanpa sebarang kos. 

Majlis Pelancaran Buku Covid 19 ini telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr) Hj Mohd Ali Bin Mohd Rustam diiringi Mufti Kerajaan Negeri Melaka; Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Tawil.




Majlis Mengadap Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka

AYER KEROH, 8 April – Ahli Jawatankuasa Muzakarah Kebangsaan (MKI) hari ini telah mengadap  Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam; Yang di-Pertua Negeri yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Haji Wan Zahidi bin Wan Teh, Pengerusi Muzakarah MKI bertempat di Pejabat TYT Negeri Melaka pada pukul 4.30 Petang.




Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan

BANDA HILIR, 8 April – Hari ini persidangan telah berlangsung pada hari kedua yang bermula pada pukul 8.30 pagi bertempat di Hotel Hatten Melaka.

Hari ini persidangan di mulakan dengan ucapan aluan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. 

Yang Berhormat Menteri juga telah menyampaikan cenderamata kepada Ahli Jawatankuasa Muzakarah MKI.

Persidangan ini telah diadakan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit Covid-19.