1

Penyerahan Buku Covid 19 Kepada Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid (PKRC) MITC Ayer Keroh Melaka

AYER KEROH, 28 Jun – Mufti Kerajaan Negeri Melaka; Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil hari ini telah menyerahkan sebanyak 600 buah buku Covid-19 kepada Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid 19 di MiTC Melaka untuk diedarkan kepada pesakit dan petugas di sana. Buku ini merungkai persoalan yang berlegar dikalangan masyarakat mengenai hikmah ujian besar ini kepada manusia. Dalam pada itu Datuk Mufti juga sempat meninjau keadaan pesakit-pesakit melalui anjung tinjau diiring oleh pegawai-pegawai kesihatan.




Penyerahan SOP Pelaksanaan Ibadah Korban Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

BUKIT PALAH, 23 Jun – Hari ini Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah menyerahkan SOP Pelaksanaan Ibadah Korban Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Negeri Melaka kepada pihak media bertempat di Perkarangan Pusat Islam Negeri Melaka.

Penyerahan ini telah diadakan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit covid-19.