1

Penyerahan Surat Kebenaran Solat Jumaat Semasa Tempoh PKP

BUKIT PALAH, 29 Julai – Hari ini Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan Timbalan Mufti Negeri Melaka Tuan Haji Hazarudin Bin Haji Baharudin telah menyerahkan Surat Kebenaran Solat Jumaat Semasa Tempoh Kawalan Pergerakan (PKP) kepada beberapa buah Surau di Negeri Melaka ia bagi memberi ruang kepada lebih ramai masyarakat Islam di Negeri Melaka untuk menunaikan solat Jumaat.

Penyerahan ini telah diadakan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit covid-19.




Program Infaq Zulhijjah Sempena Aidiladha

PERMATANG PASIR,17 Julai – Majlis Agama Islam Negeri Melaka telah mengadakan Program Infaq Zulhijjah Sempena Aidiladha 1442 H bersamaan tahun 2021 Masihi bertempat di Bangunan MAIM pada jam 10.00 pagi tadi. 

Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah menyampaikan sumbangan infaq tersebut yang merupakan daging korban kepada 20 orang asnaf di Masjid As-Salihin Permatang Pasir, Melaka. Dalam pada itu Datuk Wira berkata beliau berharap dengan sumbangan ini serba sedikit dapat membantu meringankan beban para asnaf dalam menyambut kedatangan Hari Raya Aidiladha dalam suasana pandemik Covid 19 ini.

Cerapan ini telah diadakan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit covid-19.




Cerapan Rasmi Hilal Zulhijjah 1442 H/2021 M

TG BIDARA, 10 Julai – Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Melaka dan Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Negeri Melaka telah mengadakan cerapan hilal bulan zulhijjah bertempat di Balai Cerap Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara pada jam 6.00 petang tadi.

Mufti Kerajaan Negeri Melaka; Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil telah mengetuai aktiviti mencerap kali ini bersama Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Melaka; Dato’ Che Sukri Che Mat, Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Melaka;Sr Haji Mohammad Azmar bin Che Mat dan Ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Negeri Melaka.




Penyerahan Surat Kebenaran Solat Jumaat Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0

BUKIT PALAH, 8 Julai – Sebentar tadi Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah menyerahkan Surat Kebenaran Solat Jumaat Semasa Tempoh Kawalan Pergerakan (PKP) kepada beberapa buah Surau di Negeri Melaka ia bagi memberi ruang kepada lebih ramai masyarakat Islam di Negeri Melaka untuk menunaikan solat Jumaat.

Penyerahan ini telah diadakan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit covid-19.