1

Penyerahan Surat Kebenaran Solat Jumaat Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0

BUKIT PALAH, 26 Ogos – Hari ini Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah menyerahkan Surat Kebenaran Solat Jumaat Semasa Tempoh Kawalan Pergerakan (PKP) kepada beberapa buah Surau di Negeri Melaka ia bagi memberi ruang kepada lebih ramai masyarakat Islam di Negeri Melaka untuk menunaikan solat Jumaat.

Penyerahan ini telah diadakan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit covid-19.




Penyerahan Surat Kebenaran Solat Jumaat Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

BUKIT PALAH, 12 Ogos – Tengah hari tadi Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan Timbalan Mufti Negeri Melaka Tuan Haji Hazarudin Bin Haji Baharudin telah menyerahkan Surat Kebenaran Solat Jumaat Semasa Tempoh Kawalan Pergerakan (PKP) kepada beberapa buah Surau di Negeri Melaka ia bagi memberi ruang kepada lebih ramai masyarakat Islam di Negeri Melaka untuk menunaikan solat Jumaat.

Penyerahan ini telah diadakan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit covid-19.