1

Penyerahan Sijil Tauliah Agama Dan Al-Quran Negeri Melaka 2021

BUKIT PALAH, 20 September – Hari ini Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin ;Timbalan Mufti Negeri Melaka telah menyerahkan Sijil Tauliah Agama Dan Al-Quran Negeri Melaka kepada beberapa orang penerima tauliah di Negeri Melaka bertempat di Pejabat Mufti Negeri Melaka.

Penyerahan ini telah diadakan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit Covid-19.