1

Ceramah Maulidur Rasul

BATANG MELAKA, 28 Oktober – Semalam Ceramah Maulidur Rasul anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka telah berlangsung pada jam 7.30 Malam bertempat di Masjid As Syakirin Batang Melaka, Melaka.

Ceramah tersebut menampilkan YBhg Tuan Haji Hazarudin Bin Haji Baharudin; Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka sebagai penceramah kehormat bagi ceramah berkenaan. 

Ceramah berkenaan ini menerangkan kepada jemaah yang hadir untuk meningkatkan kefahaman tentang sirah Rasulullah SAW sempena Sambutan Maulidur Rasul bagi melahirkan rasa kecintaan kepada baginda Rasulullah SAW. 

Program ini telah diadakan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit Covid-19.




Program Mufti Bersama Ummah Tahun 1443H/2021M

SG. RAMBAI, 26 Oktober – Semalam Program Mufti Bersama Ummah Tahun 1443H/2021M anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka telah berlansung pada jam 7.30 Malam di Masjid As Solihin, Sebatu, Sungai Rambai, Melaka.

Program bual bicara tersebut menampilkan YBhg Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan YBhg Datuk Haji Rahimin Bin Bani sebagai panel kehormat dan YBhg Ustaz Murad bin Ahmad sebagai moderator bagi program tersebut. 

Inti pati forum selama sejam setengah itu, antara lain memfokuskan dalam mendidik masyarakat supaya merujuk dan berpegang kepada Fatwa-Fatwa yang telah diputuskan oleh pihak yang berautoriti dan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kecintaan kepada Rasulullah S.A.W.

Diskusi  forum tersebut juga menyarankan supaya umat Islam bersatu dan saling kasih-mengasihi serta menjadikan akhlak Nabi Muhammad S.A.W sebagai panduan dalam menyatupadukan ummah. 

Program ini telah diadakan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit Covid-19.




Lawatan Kerja Ke Kem Lapang Sasar Asahan

GEMAS, 26 Oktober- Hari ini Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan Tuan Haji Hazarudin Bin Haji Baharudin; Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah mengadakan lawatan ke di Kem Lapang Sasar Asahan (KLSA) bagi meninjau lokasi permohonan dari Markas Garison Gemas Kem Syed Sirajuddin berkaitan solat jumaat di surau Kem Lapang Sasar Asahan (KLSA).

Lawatan ini turut memberi ruang bagi kedua-dua belah pihak bertukar-tukar pendapat serta membincangkan isu-isu yang berkaitan.

Lawatan ini telah diadakan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit Covid-19.




Penyerahan Surat Kebenaran Solat Jumaat & Penyerahan Buku Covid-19

BUKIT PALAH,  21 Oktober – Hari ini Ustazah Eliezah Hana Binti Md.Taha; Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Mufti Negeri Melaka telah menyerahkan Surat Kebenaran Solat Jumaat Semasa Tempoh Kawalan Pergerakan (PKP) kepada wakil dari surau-surau di dalam Kem Terendak Melaka bagi memberi ruang kepada lebih ramai masyarakat Islam di Negeri Melaka untuk menunaikan solat Jumaat.

Dalam pada itu, Jabatan Mufti Negeri Melaka turut menyerahkan beberapa buah buku Covid-19 kepada wakil Kem Terendak Melaka untuk diedarkan kepada pegawai dan petugas di sana. Buku ini merungkai persoalan yang berlegar dikalangan masyarakat mengenai hikmah ujian besar wabak ini kepada manusia. 

Penyerahan ini telah diadakan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit Covid-19.




Kunjungan Hormat Dari Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera(KAGAT)

BUKIT PALAH, 18 Oktober – Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil menerima kunjungan hormat dari delegasi di Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) di Pejabat Mufti Negeri Melaka.

Kunjungan hormat ini adalah untuk mendapatkan pandangan dan berbincang tentang isu-isu fiqh ketenteraan dalam usaha meningkatkan kefahaman fiqh ketenteraan dalam kalangan anggota tentera di Melaka khasnya dan diperingkat nasional amnya.

Kunjungan ini telah diadakan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit Covid-19.




Kunjungan Hormat Dari Perkeso Negeri Melaka

BUKIT PALAH, 13 Oktober – Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil dan Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka; Tuan Haji Hazarudin Bin Haji Baharudin hari ini menerima kunjungan hormat dari Pengarah Perkeso Negeri Melaka; Tuan Abdul Razak Bin Omar di Pejabat Mufti Negeri Melaka

Kunjungan hormat tersebut diadakan bagi mempereratkan lagi kerjasama yang sedia terjalin di antara Jabatan Mufti Negeri Melaka dan PERKESO  serta turut memberi ruang bagi kedua-dua belah pihak bertukar-tukar pendapat serta membincangkan isu-isu yang berkaitan.

Kunjungan ini telah diadakan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit Covid-19.




Kunjungan Hormat Dari Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka

BUKIT PALAH, 11 Oktober – Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil hari ini menerima kunjungan hormat dari Pengarah Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka, Tuan Che Abdullah Bin Che Hassan yang merupakan pertemuan buat julung kalinya diadakan setelah pelantikan beliau sebagai Pengarah Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka pada 15 September 2021. Pertemuan ini telah diadakan di Pejabat Mufti Negeri Melaka. 

Kunjungan hormat tersebut diadakan bagi mempereratkan lagi kerjasama yang sedia terjalin di antara Jabatan Mufti Negeri Melaka dan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka serta turut memberi ruang bagi kedua-dua belah pihak bertukar-tukar pendapat serta membincangkan isu-isu yang berkaitan.

Kunjungan ini telah diadakan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit Covid-19.