1

HARI TERAKHIR KURSUS PEGAWAI SYARAK BAGI TAHUN 2021

TG. BIDARA, 15 November – Telah berlangsung hari ini Kursus Pegawai Syarak Bagi Tahun 2021 anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka yang berlangsung di Auditorium Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka.

Melalui kursus ini para calon hari ini telah diberi pengetahuan berkenaan IlmuTajwid serta Azan & Iqamah yang telah disampaikan oleh Datuk Haji Mohammad bin Hashim. Para calon juga diberi peluang untuk mempraktikkan ilmu yang telah diberi dengan latihan secara berkumpulan sambil dibimbing oleh tenaga pengajar.

Dalam pada itu Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka turut hadir bagi menyampaikan sijil kursus kepada para calon yang telah menyertai kursus berkenaan sepanjang tiga hari. 

Kursus ini telah diadakan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit Covid-19.




HARI KEDUA KURSUS PEGAWAI SYARAK BAGI TAHUN 2021

TG. BIDARA, 14 November – Hari ini berlansungnya hari kedua Kursus Pegawai Syarak anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka  bertempat di Auditorium Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka.

Para calon yang hadir hari ini telah di beri pengetahuan berkenaan Akhlak & Tasawuf yang disampaikan oleh Ustaz Abd Manap bin Mohamad, Akidah Islam oleh Datuk Haji Rahimin bin Bani & Pengurusan Taharah oleh Ustaz Mohd Arif Ariffin bin Abu Bakar.

Kursus ini telah diadakan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit Covid-19.




KURSUS PEGAWAI SYARAK BAGI TAHUN 2021

TG. BIDARA, 13 Oktober – Hari ini merupakan hari pertama berlangsungnya Kursus Pegawai Syarak Bagi Tahun 2021 anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka yang berlangsung di Auditorium Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka.

Kursus yang diadakan selama tiga hari berturut-turut ini, memberi peluang kepada calon-calon pegawai syarak yang terdiri dari calon imam, bilal, noja dan pengurus jenazah wanita untuk menambah pengetahuan bagi menghadapi temuduga untuk menjadi Pegawai Syarak nanti.

Hari ini para calon di beri pengetahuan berkenaan Sembelihan, Korban & Aqiqah yang disampaikan oleh Ustaz Yusfariman bin Bohari, Munakahat oleh Ustaz Huzailan bin Hamzah & Pengurusan Jenazah oleh Ustaz Habibullah bin Mohd Ghazali.




Ceramah Maulidur Rasul Masjid Aleyah Kuala Ina Melaka

KUALA INA, 5 November – Semalam Ceramah Maulidur Rasul anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka telah berlangsung pada jam 7.30 Malam bertempat di Masjid Aleyah Kuala Ina, Melaka. 

Ceramah berkenaan menampilkan YBhg Ustaz Dr Mohamad Nadzli Bin Omar; Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri  Melaka sebagai penceramah kehormat bagi ceramah berkenaan. 

Maulidur Rasul atau dikenali dengan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW adalah merupakan satu peristiwa penting bagi seluruh umat Islam di dunia. 

Antara intipati ceramah merangkumi beberapa perkara yang perlu diketahui oleh umat Islam dalam meningkatkan kecintaan ke atas nabi iaitu mencintai akhlak Rasulullah SAW dan memahami sirah Rasulullah SAW untuk melahirkan rasa kecintaan kita kepada baginda Rasulullah SAW.

Program ini telah diadakan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit Covid-19.




Program Bicara Mufti Masjid Al-Wathoni Bukit Pegoh Melaka

BUKIT PEGOH, 5 November – Program Bicara Mufti anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka baru-baru ini telah diadakan di Masjid Al-Wathoni Bukit Pegoh sempena Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1443H/2021M.

Program berkonsepkan bual bicara ini menampilkan barisan panel kehormat seperti Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka, YBhg Dr Mohd Nazli bin Haji Omar; Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka dan YBhg Ustaz Mohd Nidzar Bin Nor Mohamd; Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Mufti Negeri Melaka selaku moderator. 

Dalam sesi bual bicara tersebut semalam, Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil menyarankan agar umat islam terus berpegang teguh pada akidah ahli sunnah wal jamaah oleh kerana pengaruh dari laman sosial yang boleh menjerat akidah umat islam masa kini. 

YBhg Dr Mohd Nazli bin Haji Omar dalam sesi bual bicara tersebut telah menerangkan tentang pengorbanan Baginda Rasulullah S.A.W dahulu sehingga kita umatnya kini mencapai keamanan. Beliau juga menyarankan pada jemaah yang hadir supaya menghayati sirah berkenaan Rasulullah S.A.W supaya lahir rasa cinta dan sayang kita kepada Baginda Rasulullah S.A.W.

Program ini telah diadakan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit Covid-19.




Ceramah Maulidur Rasul Masjid Bilal Bin Rabah Tanjung Kling Melaka

TANJUNG KLING, 3 November – Semalam Ceramah Maulidur Rasul anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka telah berlangsung pada jam 7.30 Malam bertempat di Masjid Bilal Bin Rabah, Tanjung Kling, Melaka. 

Ceramah ini disambut baik dengan kehadiran penduduk sekitar yang hadir bagi mengimarahkan ceramah tersebut dan pada masa yang sama semalam merupakan genap 100 tahun usia masjid tersebut sejak ditubuhkan. 

Ceramah berkenaan menampilkan YBhg Tuan Haji Hazarudin Bin Haji Baharudin; Timbalan Mufti Kerajaan Negeri  Melaka sebagai penceramah kehormat bagi ceramah berkenaan. 

Intipati ceramah berkenaan menerangkan kepada jemaah yang hadir tentang kefahaman sirah Rasulullah SAW sempena Sambutan Maulidur Rasul bagi melahirkan rasa kecintaan kepada baginda Rasulullah SAW. 

Program ini telah diadakan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit Covid-19.