1

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN IJTIMAK KELAB FALAK & ASTRONOMI PER8INGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2021M/1443H

BUKIT PALAH, 21 Disember – Petang ini berlangsungnya Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Ijtimak Kelab Falak & Astronomi Peringkat Negeri Melaka bagi Tahun 2021 bertempat di Bilik Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Melaka.

Pertandingan yang telah dijalankan secara dalam talian pada 8 Disember 2021 ini merangkumi beberapa pertandingan yang dipertandingkan antara Sekolah-Sekolah Menengah di Negeri Melaka. Antara pertandingan yang di pertandingkan adalah pertandingan sajak, kuiz falak & astronomi dan khatib pilihan.

Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada pemenang yang telah berjaya dan telah berkesempatan menyampaikan hadiah bagi pemenang-pemenang bagi pertandingan yang telah dipertandingkan.

Juara bagi pertandingan sajak telah dimenangi oleh Nur Anis Suraya Binti Mohd Dom dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sharifah Rodziah, juara bagi pertandingan kuiz falak & astronomi pula adalah Muhammad Danish Erfan Bin Mohd Emran dari Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah manakala juara bagi pertandingan khatib pilihan adalah Ahmad Zakwan Bin Ridzauddin dari Sekolah Menengah Imtiyaz Ulul Albab Melaka.Majlis ini telah dijalankan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit Covid-19.