Cerapan Rasmi Hilal Zulhijjah 1442 H/2021 M
TG BIDARA, 10 Julai – Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Melaka dan Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Negeri Melaka telah mengadakan cerapan hilal bulan zulhijjah bertempat di Balai Cerap Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara pada jam 6.00 petang tadi.
Mufti Kerajaan Negeri Melaka; Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil telah mengetuai aktiviti mencerap kali ini bersama Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Melaka; Dato’ Che Sukri Che Mat, Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Melaka;Sr Haji Mohammad Azmar bin Che Mat dan Ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Negeri Melaka.
- Published in Berita
Penyerahan Surat Kebenaran Solat Jumaat Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0
BUKIT PALAH, 8 Julai – Sebentar tadi Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah menyerahkan Surat Kebenaran Solat Jumaat Semasa Tempoh Kawalan Pergerakan (PKP) kepada beberapa buah Surau di Negeri Melaka ia bagi memberi ruang kepada lebih ramai masyarakat Islam di Negeri Melaka untuk menunaikan solat Jumaat.
Penyerahan ini telah diadakan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit covid-19.
- Published in Berita
Penyerahan Buku Covid 19 Kepada Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid (PKRC) MITC Ayer Keroh Melaka
AYER KEROH, 28 Jun – Mufti Kerajaan Negeri Melaka; Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil hari ini telah menyerahkan sebanyak 600 buah buku Covid-19 kepada Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid 19 di MiTC Melaka untuk diedarkan kepada pesakit dan petugas di sana. Buku ini merungkai persoalan yang berlegar dikalangan masyarakat mengenai hikmah ujian besar ini kepada manusia. Dalam pada itu Datuk Mufti juga sempat meninjau keadaan pesakit-pesakit melalui anjung tinjau diiring oleh pegawai-pegawai kesihatan.
- Published in Berita
Penyerahan SOP Pelaksanaan Ibadah Korban Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
BUKIT PALAH, 23 Jun – Hari ini Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah menyerahkan SOP Pelaksanaan Ibadah Korban Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Negeri Melaka kepada pihak media bertempat di Perkarangan Pusat Islam Negeri Melaka.
Penyerahan ini telah diadakan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit covid-19.
- Published in Berita
Ziarah Kasih Aidilfitri 1442H/2021M
Ziarah Kasih sempena Ramadhan dan Menjelang Syawal ke rumah Mantan Mufti Negeri Melaka, diketuai oleh Sahibus Samahah Datuk Hj Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan Sahibul Fadilah Tn. Hj. Hazarudin bin Hj. Baharudin, Timbalan Mufti Negeri Melaka beserta rombongan. Antara rumah yang dikunjungi Datuk Mohd Yunus bin Mohd Yatim; Mantan Mufti Negeri Melaka, Datuk Wira Hj. Rashid Redza bin Md. Saleh; Mantan Mufti Negeri Melaka Ustaz Haji Sulaiman bin Daud; Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka.
- Published in Berita
Cerapan Hilal Rasmi Syawal 1442H/2021M
TANJUNG BIDARA, 11 Mei – Bersempena kehadiran Bulan Syawal 1442 H, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah mengadakan Cerapan Rasmi Hilal Syawal yang telah diadakan bertempat di Balai Cerap Al-Khawarizmi, hari ini.
Data cerapan hilal yang diperoleh menunjukkan hilal tidak menepati kriteria Imkanur-rukyah dan telah disahkan oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil ; Mufti Kerajaan Negeri Melaka. Sehubungan itu, keesokan harinya menjadi 30 Ramadhan 1442 H bersamaan 12 Mei 2021(Rabu) Oleh demikian, 1 Syawal 1442 H jatuh pada tanggal 13 Mei 2021 (Khamis) iaitu Hari Raya Aidilfitri.
- Published in Berita
Majlis Penyerahan Dokumen Sighah Sempadan Kariah Masjid Negeri Melaka
BUKIT PALAH, 7 Mei – Jabatan Mufti Negeri Melaka telah menyerahkan dokumen Sighah Sempadan Kariah Masjid Negeri Melaka dan satu unit total station kepada Majlis Agama Islam Melaka.
Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Hj Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka kpd YBrs. Tuan Haji Ikram bin Ibrahim; Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka. Majlis turut dihadiri YBrs. Dato,’ Che Sukri Che Mat; Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka.
Sighah Sempadan Kariah ini telah diperinci dan disemak bersama oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka, Majlis Agama Islam Negeri Melaka, Jabatan Agama Islam Negeri Melaka dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Melaka.
- Published in Berita
Program World Quran Hour Peringkat Negeri Melaka
BUKIT PALAH, 6 Mei – Warga kerja Jabatan Mufti Negeri Melaka hari ini telah menyertai Program World Quran Hour Peringkat Negeri Melaka anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka dan Pertubuhan Pengurusan Rumah Ngaji Melaka yang berlangsung di Bilik Mesyuarat JMM pada pukul 11.00 Pagi hingga 12.00 Tengah Hari tadi.
- Published in Berita
Program Bicara Mufti Sempena Ramadhan Al-Mubarak 2021 Masjid Al Muttaqin Kuala Linggi Melaka
KUALA LINGGI, 4 Mei – Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid Al Muttaqin Kuala Linggi Melaka telah menganjurkan Program Bicara Mufti Sempena Ramadhan Al-Mubarak 2021 yang telah berlangsung bermula pukul 4.30 Petang hingga 10.30 malam semalam.
Program dimulakan dengan solat asar secara berjemaah bersama jemaah yang terdiri daripada penduduk setempat. Seterusnya, Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin; Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka bersama Ahli Jawatankuasa Masjid Al Muttaqin Kuala Linggi Melaka telah menyantuni dan menziarahi penduduk sekitar Masjid berkenaan.
- Published in Berita
Program Mufti Bersama Masyarakat
TG BIDARA, 3 Mei – Jabatan Mufti Negeri Melaka hari ini telah mengadakan Program Mufti Bersama Masyarakat yang bertempat di Kompleks falak al-khawarizmi. Program ini diisi dengan Daurah Kitab Fiqh Falak “Kitab Taufiqat Al-Ilahiyah” yang telah disampaikan oleh Ybhg Tn Hj Hanafiah Bin Abd Razak; Panel Pakar Falak Jakim.
Ilmu falak dalam kefahaman masyarakat awam hanya dilihat berkaitan dengan detik melihat anak bulan untuk mengesahkan kedatangan Ramadan dan Syawal. Bagaimanapun, peranan ilmu falak sebenarnya begitu luas kerana ia menyediakan alamat, petanda dan petunjuk bagi menghadapi fenomena alam yang sentiasa berubah-ubah.
Justeru itu, Jabatan Mufti Negeri Melaka mengadakan Daurah Kitab Fiqh Falak ini bagi menyampaikan ilmu-ilmu berkenaan Falak kepada orang awam untuk dimanfaatkan di dalam kehidupan seharian.
- Published in Berita