Penyerahan Sumbangan Kit Makanan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
G BIDARA, 3 Mei – Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) hari ini menyerahkan sumbangan 80 Bakul Kasih untuk 30 penduduk Kampung Balik Batu Tanjung Bidara dan khususnya untuk 50 orang Sahabat AIM yang berada di Negeri Melaka.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka yang telah diadakan di Auditorium Kompleks Falak Al-Khawarizmi pada pukul 2.30 Petang.
Pengurus Besar Wilayah; Puan Norashifah binti Salleh dalam ucapannya berkata beliau berharap dengan sumbangan kit makanan ini akan meringankan sedikit beban kepada penerima bantuan dalam mengharungi bulan Ramadhan Al Mubarak kali Ini.
Turut hadir mengiringi ialah Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka; Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin.
- Published in Berita
Program Mufti Bersama Masyarakat & Program Memasak Bubur Lambuk
TG BIDARA, 3 Mei – Jabatan Mufti Negeri Melaka hari ini telah mengadakan Program Mufti Bersama Masyarakat yang bertempat di Kompleks falak al-khawarizmi. Program ini diisi dengan Daurah Kitab Fiqh Falak “Kitab Taufiqat Al-Ilahiyah” yang telah disampaikan oleh Ybhg Tn Hj Hanafiah Bin Abd Razak; Panel Pakar Falak Jakim.
Ilmu falak dalam kefahaman masyarakat awam hanya dilihat berkaitan dengan detik melihat anak bulan untuk mengesahkan kedatangan Ramadan dan Syawal. Bagaimanapun, peranan ilmu falak sebenarnya begitu luas kerana ia menyediakan alamat, petanda dan petunjuk bagi menghadapi fenomena alam yang sentiasa berubah-ubah.
Justeru itu, Jabatan Mufti Negeri Melaka mengadakan Daurah Kitab Fiqh Falak ini bagi menyampaikan ilmu-ilmu berkenaan Falak kepada orang awam untuk dimanfaatkan di dalam kehidupan seharian
- Published in Berita
Program Bicara Mufti Sempena Ramadhan Al-Mubarak 2021
PULAU SEBANG, 29 April – Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid as Syahidin Pulau Sebang Melaka telah menganjurkan Program Bicara Mufti Sempena Ramadhan Al-Mubarak 2021 yang telah berlangsung bermula pukul 4.30 Petang hingga 10.30 malam semalam.
Program dimulakan dengan solat asar berjemaah dan Majlis Khatam Al-quran oleh pelajar-pelajar dari Sekolah Rendah Agama Pulau Sebang. Seterusnya, majlis diteruskan dengan tazkirah ramadhan oleh Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
Program kemudian diteruskan dengan Majlis Penyerahan Bantuan Kepada Asnaf-Asnaf di dalam kariah masjid berkenaan.Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah menyampaikan bantuan berkenaan kepada 30 orang penerima yang hadir terdiri dari penduduk di kawan berkenaan.
- Published in Berita
Program Mufti Bicara Mufti Sempena Ramadhan Al-Mubarak 2021 Masjid Tun Syed Ahmad Al-Haj Bukit Beruang Melaka
BUKIT BERUANG, 27 April – Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid Tun Syed Ahmad Al-Haj Bukit Beruang Melaka telah menganjurkan Program Mufti Bicara Mufti Sempena Ramadhan Al-Mubarak 2021 yang telah berlangsung bermula pukul 4.30 Petang hingga 10.30 malam semalam.
Program dimulakan dengan solat asar berjemaah yang telah diketuai oleh Tuan Haji Mohd Rashidi bin Abd Rahman; Imam 1 Masjid Tun Syed Ahmad Al-Haj. Seterusnya, Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka bersama Ahli Jawatankuasa Masjid Tun Syed Ahmad Al-Haj Bukit Beruang telah menyantuni dan menziarahi penduduk sekitar Masjid berkenaan.
- Published in Berita
Kunjungan Hormat Dari Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)
BUKIT PALAH, 26 April – Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil hari ini menerima kunjungan hormat dari Ts Dr Iskandar bin Abdul Hamid bersama delegasi dari Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) di Pejabat Mufti Negeri Melaka hari ini. Kunjungan hormat tersebut turut memberi ruang bagi kedua-dua belah pihak bertukar-tukar pendapat serta membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan.
- Published in Berita
Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit Peringkat Negeri Melaka Tahun 2021
BUKIT PALAH, 22 April – Warga kerja Jabatan Mufti Negeri Melaka telah menyertai Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit Peringkat Negeri Melaka anjuran Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM) yang berlangsung di Bilik Mesyuarat JMM pada pukul 11.00 Pagi hingga 11.10 Pagi tadi. Program yang memasuki tahun ke lapan ini adalah satu kempen peringkat nasional bagi mendorong komuniti menjayakan aktiviti pembacaan dalam keadaan yang menyeronokkan sama ada di perpustakaan, di rumah, di sekolah, di pusat membeli-belah atau dimana-mana sahaja.
- Published in Berita
Penyerahan Kurma & Buku Covid 19 Kepada Institusi Penjara
BUKIT PALAH, 22 April – Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka hari ini telah menyampaikan kurma pemberian Kedutaan Arab Saudi kepada 5 Institusi Penjara di Negeri Melaka ini.
- Published in Berita
Cerapan Hilal Ramadhan 1442 Hijrahcerapan Hilal Ramadhan 1442 Hijrah
TG BIDARA, 12 April – Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam; Yang di-Pertua Negeri Melaka bersama YAB Ketua Menteri; Datuk Seri Utama (Dr.) Haji Sulaiman bin Md Ali. berkenan menghadiri Majlis Cerapan Hilal Ramadhan 1442 Hijrah bersamaan 2021 yang diadakan di Balai Cerap Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka.
Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Negeri Melaka diketuai oleh Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Melaka; Datuk Wira Hj. Abdul Halim bin Tawil telah melakukan cerapan ini seterusnya melaporkan kepada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Dalam pada itu, setelah menerima laporan dari semua Negeri-Negeri, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengisytiharkan dan menetapkan Tarikh 1 Ramadhan 1442H jatuh pada Hari Selasa 13 April 2021.
- Published in Berita
Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan
BANDA HILIR, 9 April – Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan hari ini telah bersidang pada hari ketiga yang merupakan hari terakhir persidangan muzakarah khas kebangsaan. Mesyuarat di mulakan dengan pembentangan kertas makluman oleh bahagian penyelidikan JAKIM. Seterusnya telah dirumuskan hasil & sighah muzakarah oleh Pengerusi Mesyuarat; YBhg. Dato’ Haji Wan Zahidi bin Wan Teh.
Mufti Kerajaan Negeri Melaka; Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Tawil telah menyampaikan cenderamata dari Jabatan Mufti Negeri Melaka kepada semua ahli Jawatankuasa MKI.
- Published in Berita
Majlis Pelancaran Buku Covid 19
MITC, 8 April – Majlis Pelancaran Buku Covid 19 telah berlangsung hari ini pada pukul 11 pagi bertempat di Hotel Muzaffar MiTC Melaka.
Majlis dimulakan dengan ucapan dari Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka dalam ucapannya mengucapkan sekalung tahniah kepada penulis buku tersebut iaitu Datuk Mohamad Din Yusoh kerana gaya penulisannya yang berkonsepkan muafakat ilmu yang telah ditulis sendiri oleh penulis dan diagihkan kepada orang ramai tanpa sebarang kos.
Majlis Pelancaran Buku Covid 19 ini telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr) Hj Mohd Ali Bin Mohd Rustam diiringi Mufti Kerajaan Negeri Melaka; Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Tawil.
- Published in Berita