Majlis Mengadap Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka
AYER KEROH, 8 April – Ahli Jawatankuasa Muzakarah Kebangsaan (MKI) hari ini telah mengadap Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam; Yang di-Pertua Negeri yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Haji Wan Zahidi bin Wan Teh, Pengerusi Muzakarah MKI bertempat di Pejabat TYT Negeri Melaka pada pukul 4.30 Petang.
- Published in Berita
Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan
BANDA HILIR, 8 April – Hari ini persidangan telah berlangsung pada hari kedua yang bermula pada pukul 8.30 pagi bertempat di Hotel Hatten Melaka.
Hari ini persidangan di mulakan dengan ucapan aluan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Yang Berhormat Menteri juga telah menyampaikan cenderamata kepada Ahli Jawatankuasa Muzakarah MKI.
Persidangan ini telah diadakan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit Covid-19.
- Published in Berita
Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan
BANDA HILIR, 7 April – Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas MKI Kali Ke-119 telah bersidang pada 7 April hingga 9 April berpusat di Hatten Hotel Melaka. Mesyuarat yang dihoskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Jabatan Mufti Negeri Melaka sebagai tuan rumah pada persidangan kali ini melibatkan Ashabus Samahah Mufti-Mufti seluruh Malaysia serta Ahli-Ahli Dilantik Majlis Raja-Raja bagi membincangkan berkenaan hal ehwal ugama.
Persidangan dimulakan dengan perutusan oleh YBhg.Datuk Pengerusi Muzakarah MKI; YBhg. Datuk Hj Wan Zahidi Bin Wan Teh.
Persidangan ini telah diadakan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit Covid-19.
- Published in Berita
Majlis Penyampaian Sumbangan Bersama Pihak Pertubuhan Bukan Kerajaan (Ngo)
MELAKA TENGAH, 19 Mac – Pertubuhan Kebajikan Mohd Chan dan Yayasan Mualaf Malaysia hari ini telah menyalurkan bantuan sumbangan kit makanan kepada 20 mualaf dan 50 orang pengayuh beca di negeri ini sebagai persediaan bagi mereka menyambut kedatangan bulan ramadhan al-mubarak.
Yang Dipertua Negeri Melaka; Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (DR) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam dan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Melaka (MAIM), YB Datuk Hj Md Rawi Bin Mahmud diiringi Mufti Kerajaan Negeri Melaka; Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Tawil telah menyampaikan sumbangan bantuan kit makanan tersebut kepada muallaf yang menerima sumbangan tersebut bertempat di CEB Cafe, Melaka yang telah dirasmikan pembukaan restoren berkenaan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka; Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (DR) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam.
- Published in Berita
Kelas Talaqqi Ilmi Siri/1 2021
BUKIT BARU, 16 Mac – Kelas Talaqqi Ilmi Siri Pertama bagi Tahun 2021 telah diadakan di Dewan Perpustakaan Awam Negeri Melaka. Pengajian yang dihadiri seramai 90 orang terdiri dari orang awam, pesara dan kakitangan kerajaan itu berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Program ini dianjurkan secara bulanan dan pengajian ini telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Wira Hj. Rashid Redza bin Hj. Md. Saleh, Mantan Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
Majlis ini telah diadakan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit Covid-19.
- Published in Berita
Majlis Amanat Tahun Baharu Dan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
BANDAR HILIR,15 Mac – Jabatan Mufti Negeri Melaka telah mengadakan Majlis Amanat Tahun Baharu Dan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Jabatan Mufti Negeri Melaka bertempat di Hotel Hatten, Bandar Hilir, Melaka.
Majlis dimulakan dengan ucapan dan amanat khas oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan rasa syukur atas kurniaan yang Maha Esa kerana masih diberi kesempatan melaksanakan tugas sebagai penjawat awam.
- Published in Berita
Sesi Taklimat Kesedaran Anti Rasuah Serta Ikrar Bebas Rasuah 2021
BUKIT PALAH, 8 Mac – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Dan Jabatan Mufti Negeri Melaka (JMNM) menyokong hasrat SPRM bersama-sama menjauhi rasuah dengan melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) hari ini bertempat di Bangunan Majlis Agama Islam Melaka, Bukit Palah, Melaka.
Para pegawai dan kakitangan dari Jabatan Mufti Negeri Melaka (JMNM) dan Majlis Agama Islam Negeri Melaka (MAIM) telah melafazkan Ikrar Bebas Rasuah di hadapan Naib Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka; YB Datuk Haji Md Rawi Bin Mahmud, Mufti Kerajaan Negeri Melaka ;Sahibus Samahah Datuk Haji Abdul Halim bin Tawil dan YBhg. Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim ;Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Melaka (MAIM) sambil disaksikan oleh Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Melaka, Tuan Ahmad Faizul bin Abdul Rashid.
- Published in Berita
Mari Terokai Astronomi – Matahari
Tahukah anda selain Bumi dan Bulan, Matahari juga bergerak pada orbitnya. Matahari adalah salah satu daripada jutaan bintang di langit kita. Bintang-bintang ini bergerak di dalam galaksi Bima Sakti pada orbit masing-masing. Jarak Matahari dari pusat galaksi adalah 25,000 tahun cahaya. Matahari adalah bintang paling dekat dengan Bumi pada jarak purata 149,680,000 kilometer. Cahaya dari Matahari mengambil masa 8 minit untuk sampai ke Bumi. (Cahaya Matahari tidak boleh dilihat secara terus. )
- Published in Berita
Setinggi-tinggi Tahniah
Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk bersempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021.
- Published in Berita