1

MAJLIS AMANAT KHAS TAHUN 2022 DAN MAJLIS ANUGERAH PERINGKAT JABATAN MUFTI NEGERI MELAKA

MELAKA TENGAH,17 Januari – Semalam Jabatan Mufti Negeri Melaka telah mengadakan Majlis Amanat Tahun Baharu Dan Majlis Anugerah Peringkat Jabatan Mufti Negeri Melaka bertempat di La Crista Hotel, Melaka.

Majlis dimulakan dengan Program Bicara Integriti oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah disertai oleh warga kerja Jabatan Mufti Negeri Melaka.

Seterusnya majlis diteruskan dengan dengan ucapan dan amanat khas oleh YB Datuk Md Rawi bin Mahmud; Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Melaka dalam ucapannya berkata, beliau menzahirkan sekalung penghargaan kepada seluruh warga kerja Jabatan Mufti Negeri Melaka atas komitmen yang telah diberikan sepanjang tahun 2021 dalam menyempurnakan setiap tugasan yang telah diamanahkan dan beliau juga menyeru agar semua warga kerja Jabatan Mufti Negeri Melaka agar terus memberi komitmen yang cemerlang di dalam perkhidmatan sepanjang tahun 2022 ini.

Majlis kemudian diteruskan dengan upacara penyampaian Anugerah kepada warga kerja Jabatan Mufti Negeri Melaka yang telah memberi perkhidmatan cemerlang sepanjang tahun 2021 dan penyerahan teleskop kepada Sekolah-Sekolah terpilih yang bernaung di bawah Jabatan Mufti Negeri Melaka yang telah disampaikan oleh YB Datuk Md Rawi bin Mahmud; Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Melaka diiringi oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka.

Majlis ini telah diadakan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit Covid-19.