1

KURSUS CALON PEGAWAI SYARAK NEGERI MELAKA BIL.1 2022

BUKIT BARU – Kursus Peningkatan Ilmu bagi Calon Pegawai Syarak Bil.1 bagi tahun 2022 yang telah dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka telah diadakan pada 28, 29 & 30 Mac 2022 bertempat di Dewan Tun Tan Siew Sin (DTTSS) AKMAL, Bukit Baru, Melaka. 

Kursus tersebut telah dihadiri seramai 52 orang calon bagi persediaan kepada calon-calon Pegawai Syarak yang akan ditemuduga. Para peserta terdiri daripada calon imam, bilal dan noja serta pengurus jenazah wanita dari setiap masjid di Negeri Melaka. 

Terdapat beberapa modul kursus yang telah disediakan sepanjang kursus tersebut antaranya ialah ilmu yang meliputi asas fardhu ain dan fardhu kifayah sebagai persediaan kepada calon pegawai syarak yang akan ditemuduga.

Setiap calon juga diberi pengetahuan tentang ilmu fiqah seperti cara penyembelihan yang betul mengikut hukum syarak, laungan azan serta tahsin Al-Quran yang bertajwid juga turut diberikan penekanan. 

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Sahibul Fadhilah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin; Timbalan Mufti Negeri Melaka yang telah menyampaikan sijil penyertaan kepada calon-calon Pegawai Syarak yang terlibat.




KUNJUNGAN HORMAT DARI PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN DATUK PALEMBANG

BUKIT PALAH, 9 Mac – Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka hari ini menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Palembang di Pejabat Mufti Negeri Melaka Hari ini.

Dalam kunjungan hormat ini turut memberi ruang kepada kedua-dua belah pihak bertukar-tukar pendapat serta membincangkan program yang boleh dijalinkan bersama.  Sesi ini telah diadakan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit Covid-19.




MESYUARAT PERSIAPAN RAKAMAN PENERBITAN PROGRAM BICARA MUFTI

BUKIT PALAH, 9 Mac – Bahagian Penyiaran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) sedang menerbitkan rancangan berkonsepkan majalah dokumentari Bicara Mufti yang bakal disiarkan di saluran RTM TV 1.

Di dalam mesyuarat  ini Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka bersama beberapa pegawai dari Bahagian Penyiaran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia membincangkan berkenaan persiapan dan pengisian rakaman yang akan diadakan pada 22 Mac 2022 hingga 24 Mac 2022. Mesyuarat ini telah diadakan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit Covid-19.




KUNJUNGAN HORMAT DARI SEL AGAMA MARKAS DIVISYEN KETIGA INFANTRI MALAYSIA

BUKIT PALAH, 8 Mac – Hari ini Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil menerima kunjungan hormat dari pihak Sel Agama Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia di Pejabat Mufti Negeri Melaka.

Dalam kunjungan hormat ini turut memberi ruang kepada kedua-dua belah pihak bertukar-tukar pendapat serta membincangkan program yang boleh dijalinkan bersama. Sesi ini telah diadakan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit Covid-19.




KUNJUNGAN HORMAT DARI COMPOSITES TECHNOLOGY RESEARCH MALAYSIA (CTRM)

BUKIT PALAH, 7 Mac – Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil menerima kunjungan hormat dari pihak Composites Technology Research Malaysia (CTRM) di Pejabat Mufti Negeri Melaka hari ini. Kunjungan hormat tersebut turut memberi ruang bagi kedua-dua belah pihak bertukar-tukar pendapat serta membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan. Sesi ini telah diadakan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit Covid-19.