1

PROGRAM MUFTI BERSAMA MASYARAKAT DI MASJID  AS-SAFWAN TELOK GONG

KUALA LINGGI, 17 April – Petang tadi, berlangsungnya Program Mufti Bersama Masyarakat anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Melaka  telah diadakan di Masjid As-Safwan, Telok Gong.

Program dimulakan dengan solat asar secara berjemaah yang telah dipimpin oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka.

Selepas itu, Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil bersama YB Tuan Haji Rosli bin Abdullah; Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN) Kuala Linggi diiringi  Ahli Jawatankuasa Masjid As –Safwan telah menyantuni dan menziarahi penduduk di sekitar Masjid berkenaan.

Program  kemudian diteruskan dengan Majlis Penyerahan Bantuan Kepada Asnaf-Asnaf di dalam kariah masjid berkenaan. Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka  bersama YB Tuan Haji Rosli bin Abdullah; Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN) Kuala Linggi turut sama bagi menyampaikan bantuan berkenaan kepada penerima. 

Sebelum berbuka puasa program diteruskan dengan pengisian tazkirah ringkas yang telah disampaikan oleh Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil.

Para hadirin kemudiannya berbuka puasa sebaik sahaja Azan Maghrib berkumandang di dalam sebuah Majlis Berbuka Puasa bersama Mufti Kerajaan Negeri Melaka. 

Selesai berbuka, para jemaah menunaikan solat Maghrib secara berjemaah yang telah dipimpin oleh Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil.