1

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AGENSI AGAMA ISLAM NEGERI MELAKA BAGI TAHUN 2022

BUKIT PALAH, 27 Mei – Majlis Agama Islam Negeri Melaka dengan kerjasama Agensi- Agensi Agama Islam Negeri Melaka telah menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri Agensi Agama Islam Melaka yang telah bermula pada jam 9.30 Pagi hingga 12.30 Tengah hari bertempat di perkarangan lobi MAIM.

Terdapat pelbagai gerai dari jabatan-jabatan di bawah Agensi Agama Islam Negeri Melaka yang telah menyediakan pelbagai juadah antaranya lemang, ketupat, rendang, sate dan pelbagai jenis juadah hari raya.

Tuan Yang Terutama Tuan Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam bersama isterinya; YABhg. Toh Puan Datuk Wira Hajah Asmah Abdul Rahman turut berkenan hadir ke majlis jamuan hari raya pada kali ini.

Turut Hadir Ketua Menteri Negeri Melaka; Datuk Seri Sulaiman bin  Md Ali yang berkesempatan melawat gerai-gerai dan beramah mesra bersama para hadirin yang hadir. 

Jabatan Mufti Negeri Melaka telah dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori gerai tercantik pada kali ini.