CALL : +606-3333 333 ext 5247
  • Peta Laman
  • Aduan & Maklum Balas
  • Soalan Lazim

MUFTI

  • Utama
  • Info MUFTI
    • Korporat
      • Sejarah
      • Visi, Misi & Moto
      • Objektif
    • Korporat
      • Piagam Pelanggan
      • Pencapaian Piagam Pelanggan
      • Bilangan Transaksi Online
    • Perutusan
    • Pengurusan
      • Carta Organisasi
      • Direktori Kakitangan
      • Peluang Pekerjaan
  • Awam
    • Fatwa Warta
      • Aqidah
      • Syariah
      • Muamalat
    • Info Fatwa
      • Apa itu Fatwa?
      • Peruntukan Undang-undang Mengenai Mufti dan Fatwa
      • Carta Alir Proses Pengeluaran Fatwa Rasmi
    • Falak
      • Arah Kiblat
    • Muat Turun
      • Muat Turun
  • Falak
    • Takwim Solat
    • Takwim Imsak & Berbuka Puasa
    • Rukyah
      • Data Rukyah
    • Jadual Lintasan Matahari
  • Hubungi Kami
  • Home
  • 2022
  • November
March 30, 2023

KUNJUNGAN HORMAT DARI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN

Tuesday, 29 November 2022 by Maslinda MUFTIMELAKA

BUKIT PALAH, 29 November – Sebagai tanda hubungan akrab yang sedia terjalin antara Jabatan Mufti Negeri Melaka dan Jabatan Mufti Negeri Sembilan hari ini Ketua Delegasi dari Jabatan Mufti Negeri Sembilan; Sahibus Samahah Tuan Amran bin Awaludin yang merupakan Timbalan Mufti Negeri Sembilan bersama pegawai-pegawai telah mengadakan kunjungan hormat yang telah disambut mesra oleh Sahibus Samahah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin; Timbalan Mufti Negeri Melaka di Pejabat Mufti Negeri Melaka pagi tadi.

Pertemuan dua hala ini bertujuan membincangkan dan memperkukuhkan kerjasama strategik diantara kedua-dua belah pihak serta bekesempatan berbincang dan berkongsi pendapat berkaitan penambahbaik skop kerja Bahagian Falak dan Bahagian Sumber Maklumat di Jabatan masing-masing serta bertukar-tukar pendapat berkaitan hal-hal dan isu-isu semasa.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

SESI KEDUA MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI MELAKABIL.4/2022

Wednesday, 16 November 2022 by Maslinda MUFTIMELAKA
IMG_6064

SHAH ALAM,16 Nov – Pagi tadi Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil. 4 diteruskan bagi sesi kedua di Hotel Mardiyyah & Suites, Shah Alam, Selangor.

Pembentangan kertas kerja kali ini telah dibentang dan diberi penerangan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) dan Pusat Zakat Negeri Melaka kepada Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka.

Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah mempengerusikan mesyuarat berkenaan yang menjadi medium perbincangan dan penyelidikan  kepada ahli-ahli mesyuarat berkenaan hukum-hakam bagi isu-isu yang diutarakan oleh pihak berautoriti yang memerlukan keputusan dan penjelasan hukum.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

SESI PERTAMA MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI MELAKABIL.4/2022

Tuesday, 15 November 2022 by Maslinda MUFTIMELAKA
IMG_5981

SHAH ALAM,15 Nov – Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil.4 kali ini telah diadakan di Hotel Mardiyyah & Suites, Shah Alam, Selangor. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil;Mufti Kerajaan Negeri Melaka.

Mesyuarat yang dihadiri  oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka ini antara lainnya membincangkan beberapa penelitian serta penentuan hukum terhadap isu-isu semasa yang berbangkit. 

Dalam perbincangan mesyuarat malam ini, beberapa kertas kerja telah dibentang dan diberi penerangan oleh pihak Jabatan Agama Islam Negeri Melaka kepada Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bagi mendapatkan pandangan serta keputusan berkaitan untuk tindakan selanjutnya.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

KUNJUNGAN HORMAT JABATAN MUFTI NEGERI MELAKA KEPADA JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR

Tuesday, 15 November 2022 by Maslinda MUFTIMELAKA
IMG_5864

SHAH ALAM,15 Nov –Delegasi Jabatan Mufti Negeri Melaka bersama Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka hari ini diketuai oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil;Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah mengadakan kunjung hormat serta ziarah mahabbah kepada Yang Amat Dihormati Dato’ Dr. Haji Anhar bin Haji Opir, selaku Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor di Pejabat Jabatan Mufti Negeri Selangor di Shah Alam, Selangor.

Kunjungan hormat ini disambut mesra oleh Sahibus Samahah Dato’ Haji Anhar bin Haji Opir bersama Pegawai-Pegawai dan warga kerja Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Dalam pada itu juga, pertemuan ini turut memberi ruang kepada kedua-dua belah pihak bertukar-tukar pendapat serta menjalinkan kerjasama antara Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan Jabatan Mufti Negeri Selangor di dalam institusi kefatwaan dan pentadbiran islam.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

KUNJUNGAN HORMAT KE ISTANA MELAKA BERSAMA DELEGASI MANTAN MUFTI NEGARA PALESTIN

Wednesday, 09 November 2022 by Maslinda MUFTIMELAKA
IMG_5414

BUKIT BERUANG, 9 Nov – Petang tadi Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka bersama Timbalan Mufti Negeri Melaka; Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin mengiringi delegasi Mantan Mufti Palestin membuat kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam; Yang Di Pertua Negeri Melaka di Istana Negeri Melaka.

Kunjungan hormat yang diketuai oleh Sheikh. Dr. Ekrima Sa’id Sabri: Mantan Mufti Palestin turut memberi ruang bagi kedua-dua belah pihak bertukar-tukar pendapat serta membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan.

Setelah itu, Tuan Yang Terutama Tun bersama para delegasi menunaikan solat maghrib dan isya secara berjemaah yang telah dipimpin oleh  Sheikh. Dr. Ekrima Sa’id Sabri: Mantan Mufti Palestin dan bacaan yaasin dipimpin oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

PROGRAM FENOMENA GERHANA BULAN PENUH & HIMPUNAN KOMUNITI FALAK PERINGKAT NEGERI MELAKA

Tuesday, 08 November 2022 by Maslinda MUFTIMELAKA
IMG_5039

KRUBONG, 8 Nov – Gerhana Bulan adalah satu fenomena yang berlaku ketika Bulan Purnama. Ketika itu Bulan akan berada bersetentang dengan planet Bumi dan terlindung daripada Matahari. Oleh itu bulatan Bulan boleh masuk ke dalam bayang Bumi dan menghilang.

Di kesempatan itu Jabatan Mufti Negeri Melaka mengambil kesempatan berdasarkan fenomena itu berlaku dengan menganjurkan Program Fenomena Gerhana Bulan Penuh & Himpunan Komuniti Falak Peringkat Negeri Melaka bertempat di Masjid Cina Negeri Melaka.

Seramai 400 orang pelajar dari Sekolah-Sekolah di bawah Kelab Falak Negeri Melaka, Penjawat Awam dan Orang Awam tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan fenomena gerhana itu berlaku.

Program dimulakan dengan Sesi Perkongsian Ilmu berkaitan Fenomena Gerhana yang telah disampaikan oleh Dr Hj Kassim bin Hj Bahali; Ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Negeri Melaka.

Seterusnya program diteruskan dengan Tadabur Ayat-Ayat Kauniyah yang telah dialunkan oleh Ustaz Azraei bin Dato’ Haji Al-Haq dan Cerapan Gerhana Bulan Penuh di Perkarangan Masjid Cina namun aktiviti mencerap tidak dapat diteruskan oleh kerana keadaan cuaca di sini mendung dan hujan lebat.

Para jemaah yang hadir kemudian menunaikan Solat Maghrib secara berjemaah dan Solat Gerhana yang telah dipimpin oleh Ustaz Suhairi bin Yunos; Imam Besar Masjid Cina dan bacaan Khutbah Gerhana Bulan Penuh yang telah dipimpin oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka.

Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam; Yang Di Pertua Negeri Melaka turut berkenan menghadiri program dan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Melaka;Datuk Wira Haji Rawi bin Mahmud.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

MAJLIS PENYERAHAN SIJIL TAULIAH AGAMA DAN AL-QURAN NEGERI MELAKA SIRI 2/2022

Tuesday, 08 November 2022 by Maslinda MUFTIMELAKA
IMG_4931-1

MELAKA TENGAH, 8 Nov – Seramai 120 orang penerima watikah tauliah agama
dan al-quran hari ini telah hadir dalam Majlis Penyerahan Sijil Tauliah Agama & Al-
QUran Negeri Melaka bertempat di La Crista Hotel, Melaka.

Majlis dimulakan dengan Forum Bicara Fatwa Semasa yang telah disampaikan oleh
Ustaz Engku Ahmad Fadzil bin Engku Ali yang menyampaikan forum berkaitan
“Pemantapan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah” dan Ustaz Mohammad Rozie bin
Mohd Rejab yang telah menyampaikan forum berkenaan “Peranan Pendakwah
Dalam Menangani Cabaran Ummah Masa Kini”.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin
Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka dalam ucapannya berkata beliau menyarankan
agar semua pemegang tauliah Negeri Melaka terus memainkan peranan dalam
menyampaikan dakwah kepada setiap lapisan masyarakat serta memiliki ilmu
pengetahuan, kemahiran dan sikap yang relevan dan terkini bagi memastikan
gerakan dakwah benar-benar berkesan dan memberi impak besar kepada
masyarakat di Negeri Melaka khususnya. Belia juga berkata majlis penyampaian
tauliah ini diadakan sebagai mengiktiraf pada penerima tauliah dan sebagai simbolik
kepercayaan kepada mereka yang menyampaikan ilmu yang sahih dan
berlandaskan hukum syarak.

Sahibus Samahah Datuk Mufti berkesempatan menyerahkan sijil tauliah kepada 120
orang yang telah berjaya dalam peperiksaan bertulis dan temuduga lisan yang lalu
telah dijemput bagi menerima watikah tauliah pada majlis kali ini.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

PROGRAM PEMANTAPAN INTEGRITI DAN TAKLIMAT SASARAN KERJA UTAMA (SKU) JABATAN MUFTI NEGERI MELAKA

Monday, 07 November 2022 by Maslinda MUFTIMELAKA
IMG_4532

AYER KEROH, 7 Nov – Pegawai-pegawai serta warga kerja Jabatan Mufti Negeri Melaka
hari ini bersama-sama dalam Program Pemantapan Integriti Dan Taklimat Sasaran Kerja
Utama (SKU) Jabatan Mufti Negeri Melaka bertempat di Muzaffar Hotel, MiTC, Ayer Keroh,
Melaka.

Program bicara ini menampilkan penceramah dari Unit Integriti Jabatan Ketua Menteri
Negeri Melaka iaitu Puan Nur’ain binti Mansor; Penolong Setiausaha Kerajaan, memberi
penjelasan dan penerangan kepada warga kerja Jabatan Mufti Negeri Melaka berkaitan
nilai-nilai integriti yang boleh diterapkan di kalangan kakitangan serta pendedahan kepada
pegawai berkaitan SKU yang ditukar format bagi menggantikan Laporan Nilaian Prestasi
Tahunan Peringkat Jabatan.

Turut Hadir Datuk Wira Haji Md Rawi bin Mahmud; Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam
Negeri Melaka (MAIM) serta Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti
Kerajaan Negeri Melaka.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

BENGKEL KELAB FALAK DAN ASTRONOMI PERINGKAT NEGERI MELAKA

Thursday, 03 November 2022 by Maslinda MUFTIMELAKA
IMG_4279

DURIAN TUNGGAL, 3 Nov – Lebih 200 orang pelajar dari Sekolah-Sekolah di bawah Kelab Falak Negeri Melaka menyertai program Bengkel Kelab Falak Dan Astronomi Peringkat Negeri Melaka yang dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka bertempat Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Bengkel yang berlangsung seharian itu, disampaikan oleh barisan pakar falak seperti Dr.Radzuan bin Nordin; Pensyarah Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan En.Shahrin bin Ahmad; Pengasas Portal Falak Online yang dijemput khas sebagai fasilitator bengkel berkenaan.

Para pelajar diberi pendedahan oleh fasilitator berkaitan Fenomena Gerhana Bulan Berdasarkan Al-Quran & As-Sunnah, Pengenalan Objek Angkasa dan Kaedah Pencerapan Gerhana Bulan Penuh .

Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka hadir bagi merasmikan bengkel berkenaan dalam ucapannya berkata “Justeru, besar harapan beliau agar bengkel ini akan memberi manfaat kepada semua para pelajar supaya mereka dapat memahami dan mendalami ilmu berkaitan astronomi dan falak syarie seterusnya dapat melahirkan para cendekiawan falak pada masa akan datang kelak” katanya.

Kemudian Sahibus Samahah Datuk Wira Mufti diiringi Dr Puan Linda Koo Nei Sui;Timbalan Dekan Akademi Pusat Pembelajaran Bahasa berkesempatan menyampaikan sijil kepada guru-guru dari Sekolah-Sekolah di bawah Kelab Falak Negeri Melaka.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

Recent Posts

  • IMG_1090

    PROGRAM BICARA MUFTI SURAU AL-MUBARAK, TAMAN KESIDANG

    LORONG PANDAN, 9 Mac – Telah berlangsungn...
  • IMG_1013

    KUNJUNGAN HORMAT PEGAWAI DARI JABATAN PEGUAM NEGARA KE PEJABAT MUFTI NEGERI MELAKA

    BUKIT PALAH, 9 Mac – Sahibus Samahah...
  • IMG_0667-1

    PROGRAM BICARA MUFTI MASJID SAGA AYER PAABAS

    AYER PAABAS, 27 Feb – Bicara Mufti a...

Archives

  • March 2023 (2)
  • February 2023 (7)
  • January 2023 (5)
  • December 2022 (4)
  • November 2022 (9)
  • October 2022 (12)
  • September 2022 (6)
  • July 2022 (1)
  • June 2022 (3)
  • May 2022 (4)
  • April 2022 (7)
  • March 2022 (5)
  • February 2022 (2)
  • January 2022 (2)
  • December 2021 (10)
  • November 2021 (6)
  • October 2021 (7)
  • September 2021 (3)
  • August 2021 (2)
  • July 2021 (4)
  • June 2021 (2)
  • May 2021 (8)
  • April 2021 (11)
  • March 2021 (4)
  • February 2021 (2)

Categories

  • Berita
  • Pengumuman

GET A FREE QUOTE

Please fill this for and we'll get back to you as soon as possible!

Waktu Operasi

Isnin – Khamis
7.30 pagi – 1.00 petang
2.00 petang – 6.00 petang

Jumaat
7.30 pagi – 12.15 tghari
2.45 petang – 6.00 petang

Hubungi Kami

T +606-2847920 / 21
Email: jkmmufti@gmail.com

Jabatan Mufti Negeri Melaka
Aras 2, Imarah A, Pusat Islam Melaka, 75150 Jalan Bukit Palah, Melaka

Open in Google Maps

Dasar Keselamatan
Dasar Privasi
Penafian
Peta Laman
Soalan Lazim

  • GET SOCIAL
MUFTI

© 2021 All rights reserved. JABATAN MUFTI NEGERI MELAKA.

TOP
MyGov Portal