CALL : +606-3333 333 ext 5247
  • Peta Laman
  • Aduan & Maklum Balas
  • Soalan Lazim

MUFTI

  • Utama
  • Info MUFTI
    • Korporat
      • Sejarah
      • Visi, Misi & Moto
      • Objektif
    • Korporat
      • Piagam Pelanggan
      • Pencapaian Piagam Pelanggan
      • Bilangan Transaksi Online
    • Perutusan
    • Pengurusan
      • Carta Organisasi
      • Direktori Kakitangan
      • Peluang Pekerjaan
  • Awam
    • Fatwa Warta
      • Aqidah
      • Syariah
      • Muamalat
    • Info Fatwa
      • Apa itu Fatwa?
      • Peruntukan Undang-undang Mengenai Mufti dan Fatwa
      • Carta Alir Proses Pengeluaran Fatwa Rasmi
    • Falak
      • Arah Kiblat
    • Muat Turun
      • Muat Turun
  • Falak
    • Takwim Solat
    • Takwim Imsak & Berbuka Puasa
    • Rukyah
      • Data Rukyah
    • Jadual Lintasan Matahari
  • Hubungi Kami
  • Home
  • 2022
  • December
January 28, 2023

MUFTI BERSAMA UMMAH MASJID AL-HILAL PANTAI ROMBANG MELAKA

Thursday, 15 December 2022 by Maslinda MUFTIMELAKA
IMG_7075

PANTAI KUNDOR, 15 Disember – Dalam usaha mengharungi kehidupan duniawi bagi umat islam, kita harus berasa senang menerima hukum dan peraturan dari Ilahi. Ia seiring dengan tajuk Forum Mufti Bersama Ummah kali ini iaitu “ Mencari Redha Illahi” yang telah dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Melaka bertempat di Masjid Al- Hilal,Pantai Rombang, Melaka.

Selepas Asar Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka bersama Jawatankuasa Masjid Al-Hilal berkesempatan menyantuni 2 orang mantan Pegawai Syarak Masjid Al-Hilal, Pantai Rombang, Melaka.

Program diteruskan dengan Forum Mufti Bersama Ummah yang menampilkan panel hebat seperti Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka bersama Dr Nadzli bin Omar; Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka dan Ustaz Mohd Nidzar bin Nor Mohamd; Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Mufti Negeri Melaka selaku moderator.

Lebih 100 orang jemaah telah mengikuti Forum  Mufti Bersama Ummah berkenaan terdiri daripada penduduk kampung berhampiran.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

MUFTI BERSAMA UMMAH MASJID RAUDHATUL JANNAH

Monday, 12 December 2022 by Maslinda MUFTIMELAKA
IMG_6826

BUKIT KATIL, 12 Disember – Kali ini Masjid Raudhatul Jannah Bukit Katil dipilih sebagai masjid pilihan bagi Forum Mufti Bersama Ummah anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka bersama Majlis Agama Islam Negeri Melaka.

Program dimulakan dengan Program Ziarah Kasih oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka bersama Ahli Jawatankuasa Masjid Raudhatul Jannah berkesempatan menziarahi serta menyantuni Mantan Pegawai Syarak Masjid Raudhatul Jannah Bukit Katil.

Selesai solat maghrib berjemaah program diteruskan dengan program bual bicara berbentuk forum yang menampilkan barisan panel kehormat seperti Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka, YBhg Ustaz Shukeri Najib bin Ab Rahim; Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka dan Al-Fadhil Ustaz Murad bin Ahmad;Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Agama Islam Negeri Melaka sebagai moderator.

Selepas forum berlansung, Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Tawil bersama Ustaz Shukeri Najib bin Ab Rahim berkesempatan menyempurnakan tahnik dan cukur jambul kepada beberapa orang bayi dalam sebuah majlis tahnik yang diadakan.

Forum yang bertajuk “Syariat Di Julang, Ummah Terbilang” itu dihadiri seramai lebih 100 orang jemaah terdiri dari penduduk kampung berhampiran.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

MUFTI BERSAMA UMMAH MASJID AL ABIDIN AIR TAWAR, MERLIMAU

Saturday, 10 December 2022 by Maslinda MUFTIMELAKA
IMG_6562

AIR TAWAR, 10 Disember – Lebih 100 orang jemaah telah mengikuti Forum  Mufti Bersama Ummah yang bertajuk ‘Istiqamah Dalam Iman’ anjuran  Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan Majlis Agama Islam Negeri Melaka yang telah diadakan di Masjid Al Abidin Air Tawar, Merlimau.

Forum ini  menampilkan barisan panel yang hebat seperti Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka di samping Tokoh Undangan Sahibus Samahah Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan; Timbalan Mufti Wilayah Perseketuan dan Ustaz Mohd Nidzar bin Nor Mohamd; Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Mufti Negeri Melaka selaku moderator.

Antara intipati yang disentuh dalam forum berkenaan  berkaitan bagaimana umat islam seharusnya menyelami erti istiqamah dalam hidup dan amalan yang dilakukan.

Justeru, saranan para panel forum kepada jemaah yang hadir supaya umat islam terus istiqamah untuk beramal adalah perkara penting supaya jiwa umat islam terus dididik melakukan perkara baik dan mulia.

Selepas forum, Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil bersama Sahibus Samahah Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan berkesempatan menyantuni dan menyempurnakan tahnik dan cukur jambul beberapa orang bayi di dalam sebuah Majlis Cukur Jambul yang telah diadakan.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

FORUM MUFTI BERSAMA UMMAH MASJID JAMEK TANJUNG BIDARA

Thursday, 08 December 2022 by Maslinda MUFTIMELAKA
IMG_6338

TG.BIDARA,8 Disember– “Jambatan Menuju Akhirat” merupakan tajuk bagi program berbentuk forum yang telah dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Melaka bersama pihak pengurusan Masjid Jamek Tanjung Bidara yang telah diadakan di Masjid Jamek Tanjung Bidara.

Forum ini menampilkan barisan panel hebat seperti Sahibus Samahah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin ; Timbalan Mufti Negeri Melaka bersama Sahibus Samahah Tuan Haji Amran bin Awaludin; Timbalan Mufti Negeri Sembilan dan Ustaz Mohd Nidzar bin Nor Mohamd; Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Mufti Negeri Melaka selaku moderator.

Dalam pada itu, selepas forum Sahibus Samahah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin bersama Sahibus Samahah Tuan Haji Amran bin Awaludin berkesempatan menyempurnakan tahnik dan cukur jambul kepada empat orang bayi di dalam Majlis Cukur Jambul yang diadakan.

Para jemaah yang hadir bagi mengimarahkan majlis ilmu berkenaan terdiri dari penduduk kampung sekitar dan pelajar tahfiz dari Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran (JAIM) Al-Abqari.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

Recent Posts

  • IMG_7955

    PASCA BANTUAN BANJIR TERENGGANU

    KUALA BERANG, 13 Januari – Dalam situasi ...
  • IMG_7526

    MAJLIS PENYERAHAN SIJIL ARAH KIBLAT STESEN PETRONAS NEGERI MELAKA BAGI TAHUN 1444H/2022M

    SEMABOK,12 Januari – Jabatan Mufti Negeri...
  • IMG_7075

    MUFTI BERSAMA UMMAH MASJID AL-HILAL PANTAI ROMBANG MELAKA

    PANTAI KUNDOR, 15 Disember – Dalam usaha ...

Archives

  • January 2023 (2)
  • December 2022 (4)
  • November 2022 (9)
  • October 2022 (12)
  • September 2022 (6)
  • July 2022 (1)
  • June 2022 (3)
  • May 2022 (4)
  • April 2022 (7)
  • March 2022 (5)
  • February 2022 (2)
  • January 2022 (2)
  • December 2021 (10)
  • November 2021 (6)
  • October 2021 (7)
  • September 2021 (3)
  • August 2021 (2)
  • July 2021 (4)
  • June 2021 (2)
  • May 2021 (8)
  • April 2021 (11)
  • March 2021 (4)
  • February 2021 (2)

Categories

  • Berita
  • Pengumuman

GET A FREE QUOTE

Please fill this for and we'll get back to you as soon as possible!

Waktu Operasi

Isnin – Khamis
7.30 pagi – 1.00 petang
2.00 petang – 6.00 petang

Jumaat
7.30 pagi – 12.15 tghari
2.45 petang – 6.00 petang

Hubungi Kami

T +606-2847920 / 21
Email: jkmmufti@gmail.com

Jabatan Mufti Negeri Melaka
Aras 2, Imarah A, Pusat Islam Melaka, 75150 Jalan Bukit Palah, Melaka

Open in Google Maps

Dasar Keselamatan
Dasar Privasi
Penafian
Peta Laman
Soalan Lazim

  • GET SOCIAL
MUFTI

© 2021 All rights reserved. JABATAN MUFTI NEGERI MELAKA.

TOP
MyGov Portal