MUFTI

CALL : +606-3333 333 ext 5247
  • Peta Laman
  • Aduan & Maklum Balas
  • Soalan Lazim
  • ms Malay
    • en English
    • ms Malay
  • Utama
  • Info MUFTI
    • Korporat
      • Sejarah
      • Visi, Misi & Moto
      • Objektif
    • Korporat
      • Piagam Pelanggan
      • Pencapaian Piagam Pelanggan
      • Bilangan Transaksi Online
    • Perutusan
    • Pengurusan
      • Carta Organisasi
      • Direktori Kakitangan
      • Peluang Pekerjaan
      • Persatuan / Kelab
  • Awam
    • Fatwa Warta
      • Aqidah
      • Syariah
      • Muamalat
    • Info Fatwa
      • Apa itu Fatwa?
      • Peruntukan Undang-undang Mengenai Mufti dan Fatwa
      • Carta Alir Proses Pengeluaran Fatwa Rasmi
    • Falak Syarie
      • Arah Kiblat
    • Muat Turun
      • Muat Turun
  • Falak Syarie
    • Cerapan Hilal Bulanan
      • Info Grafik Hilal
      • Data-Data Hilal
      • Keputusan Kenampakan Hilal
    • Jadual Waktu Solat
    • Permohonan Arah Kiblat
    • Balai Cerap Al-Khawarizmi
    • Planetarium Al-Khawarizmi
    • Takwim Imsak & Berbuka Puasa
    • Rukyah
      • Data Rukyah
    • Jadual Lintasan Matahari
  • Hubungi Kami
  • Home
  • 2023
  • January
May 30, 2023

KURSUS CALON PEGAWAI SYARAK NEGERI MELAKA BIL.1/2023

Tuesday, 31 January 2023 by Maslinda MUFTIMELAKA
IMG_8486

TG.BIDARA, 31 Januari – Hari ini merupakan hari terakhir Kursus Peningkatan Ilmu bagi Calon Pegawai Syarak Bil.1 bagi tahun 2023 yang dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka bermula pada 29, 30 & 31 Januari 2023 bertempat di Auditorium Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka.

Kursus tersebut telah dihadiri seramai 70 orang calon bagi persediaan kepada calon-calon Pegawai Syarak yang akan ditemuduga. Para peserta terdiri daripada calon imam, bilal dan noja serta pengurus jenazah wanita dari masjid-masjid di seluruh Negeri Melaka.

Para peserta hari ini diberi pengetahuan tentang Akhlak Islam atau Tasawwuf yang telah diampaikan oleh Ustaz Mohd Haneef Bin Zin dan Ustaz Arif Ariffin Bin Abu Bakar telah menyampaikan ilmu berkenaan Pengurusan Taharah.

Kemudian para calon pegawai syarak diberi peluang mengadaptasikan ilmu yang diperolehi seperti laungan azan, bacaan khutbah dan cara pengurusan jenazah di dalam Latihan Dalam Kumpulan yang telah dibimbing oleh fasilitator.

Terdapat beberapa modul kursus yang telah disediakan sepanjang kursus tersebut antaranya ialah ilmu yang meliputi asas fardhu ain dan fardhu kifayah sebagai persediaan kepada calon pegawai syarak yang akan ditemuduga.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka yang telah menyampaikan sijil penyertaan kepada calon-calon Pegawai Syarak yang terlibat.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

HARI KEDUA KURSUS PEGAWAI SYARAK BIL.1/2023

Monday, 30 January 2023 by Maslinda MUFTIMELAKA
IMG_8329

TG. BIDARA,30 Januari  – Hari ini Kursus Pegawai Syarak anjuran Jabatan Mufti  Negeri  Melaka  diteruskan lagi bertempat di Auditorium Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka.

Para calon yang hadir hari ini telah di beri pengetahuan berkenaan Ilmu Tajwid dan Azan, Iqamah & Solat yang telah disampaikan oleh Datuk Hj Mohamad Bin Hashim, dan bagi Sembelihan Korban & Aqiqah telah disampaikan oleh Ustaz Yuzfariman Bin Bohari.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

HARI PERTAMA KURSUS PEGAWAI SYARAK BAGI TAHUN BIL.1/2023

Sunday, 29 January 2023 by Maslinda MUFTIMELAKA
IMG_8185

TG.BIDARA, 29 Januari – Hari ini merupakan hari pertama berlangsungnya Kursus Pegawai Syarak Bagi Tahun 2023 anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka yang berlangsung di Auditorium Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka.

Kursus yang diadakan selama tiga hari ini, memberi pendedahan kepada calon-calon pegawai syarak yang terdiri dari calon imam, bilal, noja dan pengurus jenazah wanita sebagai persiapan untuk menambah pengetahuan bagi menghadapi temuduga untuk menjadi Pegawai Syarak nanti.

Hari ini para calon di beri pengetahuan berkenaan Munakahat oleh Ustaz Huzailan Bin Hamzah, Akidah oleh Dr Mohamad Nazli Bin Omar & Pengurusan Jenazah telah disampaikan oleh Ustaz Habibullah Bin Mohd Ghazali.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

PASCA BANTUAN BANJIR TERENGGANU

Friday, 13 January 2023 by Maslinda MUFTIMELAKA
IMG_7955

KUALA BERANG, 13 Januari – Dalam situasi banjir yang melanda Negeri Terengganu, Jabatan Mufti Negeri Melaka bersama Ahli Jawatankuasa Madrasah Fatimah Azzahra Bukit Pulau, Melaka dan beberapa Badan Kebajikan terpanggil untuk membantu masyarakat yang terjejas dengan menggerakkan kempen Pasca Bantuan Banjir Negeri Terengganu.

Konvoi bersama 13 buah kenderaan pacuan empat roda dan van itu bergerak dari Madrasah Fatimah Azzahra Bukit Pulau, Melaka menuju ke Kuala Berang, Terengganu. Lokasi bantuan ini tertumpu di sebuah perkampungan Kampung Basung di Kuala Berang, Terengganu.

Penyampaian Bantuan dimulakan di Madrasah Tahfiz Darul Ansar yang telah disampaikan oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka diiringi Pegawai Tanah & Daerah Kuala Berang kepada 25 orang kampung yang menerima Bantuan berupa Kit Makanan dan keperluan asas seperti pakaian, cadar dan bantal.

Selepas itu, Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil juga turut berkesempatan menyantuni beberapa orang penduduk kampung berkenaan yang terjejas akibat banjir.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

MAJLIS PENYERAHAN SIJIL ARAH KIBLAT STESEN PETRONAS NEGERI MELAKA BAGI TAHUN 1444H/2022M

Thursday, 12 January 2023 by Maslinda MUFTIMELAKA
IMG_7526

SEMABOK,12 Januari – Jabatan Mufti Negeri Melaka bersama-sama Petronas Dagangan Berhad telah menjalankan satu kerjasama dalam menjalankan kerja-kerja penandaan arah kiblat bagi 48 buah stesen Petronas seluruh Negeri Melaka.

Petronas Dagangan Berhad telah mengusahakan agar semua stesen-stesen  Petronas di Negeri Melaka dilengkapi dengan kemudahan surau yang boleh digunakan oleh orang ramai. Surau-surau ini hendaklah mengikut arah kiblat yang telah disemak oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka agar tiada keraguan bagi kegunaan orang awam.

Kerja-kerja semakan arah kiblat ini telah dilaksanakan selama 2 bulan dengan kerjasama pemilik-pemilik stesen-stesen Petronas di seluruh Negeri Melaka.

Justeru itu, sebanyak 48 buah stesen Petronas di Negeri Melaka ini telah menerima Sijil Arah Kiblat berkenaan di dalam sebuah Majlis Penyerahan yang telah diadakan di Stesen Petronas Semabok pagi tadi. Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Melaka; Datuk Wira Haji Md Rawi bin Mahmud diiringi Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah menyerahkan sijil kiblat berkenaan kepada 48 buah stesen Petronas di seluruh Negeri Melaka.

Dalam pada itu, Datuk Wira Haji Md Rawi bin Mahmud bersama En.Norazlan bin Subaha; Pengurus Besar Bahagian Runcit (Bahan Api) Petronas Dagangan Berhad juga berkesempatan menyantuni beberapa orang asnaf yang telah menerima Kit Makanan Petronas.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

Recent Posts

  • IMG-20230521-WA0021

    CERAPAN HILAL ZULKAEDAH 144H/2023M DAN ASTRO-TOURISM PERINGKAT NEGERI MELAKA

    TG.BIDARA, 21 Mei – Jabatan Mufti Melaka melalu...
  • IMG_4903

    LAWATAN KERJA EXCO PENDIDIKAN,PENGAJIAN TINGGI DAN HAL EHWAL AGAMA NEGERI MELAKA KE MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA (MAIM)

    BUKIT PALAH, 15 Mei – Pada jam 2.30 petang tadi...
  • IMG_4773

    MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI JABATAN MUFTI MELAKA ANJURAN BERSAMA SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ AL-QURAN                        AL-ABQARI (JAIM)

    TG.BIDARA, 13 Mei –Ratusan orang ramai hadir me...

Archives

  • May 2023 (3)
  • April 2023 (2)
  • March 2023 (6)
  • February 2023 (7)
  • January 2023 (5)
  • December 2022 (4)
  • November 2022 (9)
  • October 2022 (12)
  • September 2022 (6)
  • July 2022 (1)
  • June 2022 (3)
  • May 2022 (4)
  • April 2022 (7)
  • March 2022 (5)
  • February 2022 (2)
  • January 2022 (2)
  • December 2021 (10)
  • November 2021 (6)
  • October 2021 (7)
  • September 2021 (3)
  • August 2021 (2)
  • July 2021 (4)
  • June 2021 (2)
  • May 2021 (8)
  • April 2021 (11)
  • March 2021 (4)
  • February 2021 (2)

Categories

  • Berita
  • Pengumuman

GET A FREE QUOTE

Please fill this for and we'll get back to you as soon as possible!

Waktu Operasi

Isnin – Khamis
7.30 pagi – 1.00 petang
2.00 petang – 6.00 petang

Jumaat
7.30 pagi – 12.15 tghari
2.45 petang – 6.00 petang

Hubungi Kami

T +606-2847920 / 21
Email: jkmmufti@gmail.com

Jabatan Mufti Negeri Melaka
Aras 2, Imarah A, Pusat Islam Melaka, 75400 Jalan Bukit Palah, Melaka

Open in Google Maps

Dasar Keselamatan
Dasar Privasi
Penafian
Peta Laman
Soalan Lazim

  • GET SOCIAL

© 2023 All rights reserved. JABATAN MUFTI NEGERI MELAKA.

TOP
MyGov Portal