PANTAI KUNDOR, 15 Disember – Dalam usaha mengharungi kehidupan duniawi bagi umat islam, kita harus berasa senang menerima hukum dan peraturan dari Ilahi. Ia seiring dengan tajuk Forum Mufti Bersama Ummah kali ini iaitu “ Mencari Redha Illahi” yang telah dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Melaka bertempat di Masjid Al- Hilal,Pantai Rombang, Melaka.
Selepas Asar Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka bersama Jawatankuasa Masjid Al-Hilal berkesempatan menyantuni 2 orang mantan Pegawai Syarak Masjid Al-Hilal, Pantai Rombang, Melaka.
Program diteruskan dengan Forum Mufti Bersama Ummah yang menampilkan panel hebat seperti Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka bersama Dr Nadzli bin Omar; Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka dan Ustaz Mohd Nidzar bin Nor Mohamd; Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Mufti Negeri Melaka selaku moderator.
Lebih 100 orang jemaah telah mengikuti Forum Mufti Bersama Ummah berkenaan terdiri daripada penduduk kampung berhampiran.