Thursday, 17 April 2025 / Published in Pengumuman

Dimaklumkan bahawa semua permohonan Arah Kiblat ditutup sementara sehingga diberitahu kelak. Sekian, terima kasih.

Loading

Sunday, 13 April 2025 / Published in Pengumuman
tyt

ALAI, 13 April – Kira-kira lebih 1000 orang pengunjung memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Lebaran Kasih Aidilfitri bersama Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka yang telah diadakan di Masjid Assolihin,Kampung Permatang Pasir di sini, semalam.

Ketibaan Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Binti Ab Rahman pada jam 11.30 pagi memeriahkan majlis berkenaan.

Pada majlis berkenaan, Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil turut berkesempatan menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yang hadir.

Terdapat beberapa khemah makanan dibuka dengan pelbagai juadah tradisional termasuk ketupat, putu piring, rendang, roti canai dan pelbagai lagi.

Loading

Tuesday, 08 April 2025 / Published in Pengumuman
photo_6332131797470661879_y

TG.BIDARA, 8 April – Pejabat Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya Alor Gajah Bersama Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah mengadakan Majlis Penyerahan Projek Kerja-Kerja Pembaikan Blok Asrama Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka yang telah berlangsung di Dewan Hamal Kompleks Falak Al-Khawarizmi.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Ir. Hj. Mohamad Salzeli Bin Moktar, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Melaka dengan simbolik penyerahan projek kepada Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka selaku pihak pelanggan dan telah disaksikan oleh YB Datuk Hameed Bin Mytheen Kunju Basheer, EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan.

Diharapkan dengan penyerahan projek ini, ianya dapat memberikan manfaat dan keselesaan kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Tahfiz Al Quran (JAIM) Al Abqari yang mendiami asrama Kompleks Falak Al-Khawarizmi berkenaan.

Loading

Sunday, 30 March 2025 / Published in Berita
6289344852231569796

TG.BIDARA, 30 Mac – Majlis Cerapan Rasmi Hilal Syawal bagi tahun 1446H/2025M telah diadakan di Balai Cerap Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara.

Terdahulu majlis dihadiri Tuan Yang Terutama,Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka,  bersama YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri  Melaka yang turut meluangkan masa mencerap anak bulan Syawal.

Jawatankuasa Melihat Rukyah Hilal Negeri Melaka yang diketuai oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah melakukan cerapan hilal Syawal di Kompleks Falak Al-Khawarizmi pada petang Ahad 29 Ramadan 1446H bersamaan 30 Mac 2025M dan telah melaporkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja setelah menerima laporan dari semua negeri-negeri telah mengisytiharkan bahawa tarikh 1 Syawal 1446H ditetapkan pada Isnin 31 Mac 2025M.

Loading

TOP