MUFTI

CALL : +606-3333 333 ext 5247
  • Peta Laman
  • Aduan & Maklum Balas
  • Soalan Lazim
  • ms Malay
    • en English
    • ms Malay
  • Utama
  • Info MUFTI
    • Korporat
      • Sejarah
      • Visi, Misi & Moto
      • Objektif
    • Korporat
      • Piagam Pelanggan
      • Pencapaian Piagam Pelanggan
      • Bilangan Transaksi Online
    • Perutusan
    • Pengurusan
      • Carta Organisasi
      • Direktori Kakitangan
      • Peluang Pekerjaan
      • Persatuan / Kelab
  • Awam
    • Fatwa Warta
      • Aqidah
      • Syariah
      • Muamalat
    • Info Fatwa
      • Apa itu Fatwa?
      • Peruntukan Undang-undang Mengenai Mufti dan Fatwa
      • Carta Alir Proses Pengeluaran Fatwa Rasmi
    • Falak Syarie
      • Arah Kiblat
    • Muat Turun
      • Muat Turun
  • Falak Syarie
    • Cerapan Hilal Bulanan
      • Info Grafik Hilal
      • Data-Data Hilal
      • Keputusan Kenampakan Hilal
    • Jadual Waktu Solat
    • Permohonan Arah Kiblat
    • Balai Cerap Al-Khawarizmi
    • Planetarium Al-Khawarizmi
    • Takwim Imsak & Berbuka Puasa
    • Rukyah
      • Data Rukyah
    • Jadual Lintasan Matahari
  • Hubungi Kami
  • Home
  • Berita
  • Archive from category "Berita"
  • Page 3
September 30, 2023

LAWATAN KERJA EXCO PENDIDIKAN,PENGAJIAN TINGGI DAN HAL EHWAL AGAMA NEGERI MELAKA KE MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA (MAIM)

Monday, 15 May 2023 by Maslinda MUFTIMELAKA
IMG_4903

BUKIT PALAH, 15 Mei – Pada jam 2.30 petang tadi, Datuk Rahmad bin Mariman,EXCO PENDIDIKAN,PENGAJIAN TINGGI DAN HAL EHWAL AGAMA NEGERI MELAKA mengadakan lawatan kerja ke Majlis Agama Islam Negeri Melaka bertempat di Bilik Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Melaka.

Lawatan itu terlebih dahulu dimulakan dengan ucapan amanat oleh Datuk Rahmad bin Mariman,EXCO PENDIDIKAN,PENGAJIAN TINGGI DAN HAL EHWAL AGAMA NEGERI MELAKA.

Setelah itu, diteruskan lagi dengan sesi taklimat oleh Ketua-Ketua Jabatan mewakili Agensi Agama Islam serta Anak Syarikat Majlis Agama Islam Melaka.

Lawatan ini menfokuskan perbincangan berkenaan urus tadbir dan tatakelola Agensi Agama Islam Negeri Melaka bagi memastikan kelancaran  perkhidmatan kerajaan disampaikan dengan berkesan dan cekap, terutama kepada rakyat.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI JABATAN MUFTI MELAKA ANJURAN BERSAMA SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ AL-QURAN                        AL-ABQARI (JAIM)

Saturday, 13 May 2023 by Maslinda MUFTIMELAKA
IMG_4773

TG.BIDARA, 13 Mei –Ratusan orang ramai hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Sambutan Hari Raya Aidilfitri Mufti Kerajaan Negeri Melaka di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, hari ini.

Orang ramai mula membanjiri lokasi majlis pada jam 9 pagi, turut berlangsung Mesyuarat PIBG Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran Al-Abqari dan rumah terbuka sekolah tersebut.

Turut hadir Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Melaka, Dato’ Che Sukri bin Che Mat merasmikan Majlis Rumah Terbuka anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka bersama Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran Al-Abqari pada kali ini.

Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka berkesempatan menyantuni serta mengeratkan silaturrahim antara mufti bersama masyarakat.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

PROGRAM BICARA MUFTI MASJID ANSORUSUNNAH KAMPUNG TERENTANG JASIN

Tuesday, 11 April 2023 by Maslinda MUFTIMELAKA
IMG_3984

JASIN, 11 April – Seramai 200 orang terdiri dari pelajar Sekolah Kebangsaan Terentang dan penduduk Kampung Terentang Jasin diraikan dalam Program Bicara Mufti anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Melaka kali ini yang telah diadakan di Masjid Ansorusunnah Kampung Terentang bermula jam 5.00 petang.

Program dimulakan dengan alunan bacaan kitab suci Al-Qur’an oleh pelajar-pelajar dari Sekolah Kebangsaan Terentang.

Setelah itu program diteruskan dengan Tausiyah Ramadan yang telah disampaikan oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka.

Dalam pada itu, Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka diiringi Pengerusi Masjid Ansorusunnah, Encik Nizam bin Mohamed turut berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada beberapa orang asnaf dan anak yatim.

Sejurus azan maghrib berkumandang, Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka bersama para jemaah berbuka puasa seterusnya menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

KUNJUNGAN HORMAT DARI HAKIM RAYUAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA (JKSM) & KETUA HAKIM SYARIE MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA (MSNM)

Wednesday, 05 April 2023 by Maslinda MUFTIMELAKA
IMG_3245

BUKIT PALAH, 5 April – Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil menerima kunjungan hormat dari Hakim Rayuan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) & Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) di Pejabat Mufti Negeri Melaka pada jam 2.30 petang tadi. Kunjungan hormat tersebut turut memberi ruang bagi kedua-dua belah pihak bertukar-tukar pendapat serta mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Mahkamah Syariah Negeri Melaka dan Jabatan Mufti Negeri Melaka.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

BENGKEL PENYEDIAAN TAKWIM & WAKTU SOLAT NEGERI MELAKA BAGI TAHUN 1445H/2023M-2024M

Thursday, 30 March 2023 by Maslinda MUFTIMELAKA
IMG_3245

MELAKA TENGAH, 30 Mac – Menerusi Bahagian Falak Syari’e Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Melaka telah mengadakan Bengkel Penyediaan Takwim & Waktu Solat Negeri Melaka Bagi Tahun 1445H/2023M-2024M yang telah berlangsung di Hotel La Crista, Melaka.

Kursus yang berlangsung selama dua hari ini telah disertai seramai 30 orang yang terdiri daripada Pegawai Falak Jabatan Mufti Negeri Melaka, Pegawai Jabatan Ukur dan Pemetaan Melaka dan Ahli Jawatankuasa Rukyah Negeri Melaka.

Para peserta diberi pendedahan berkenaan Pelaksanaan Ilmu Falak Dalam Konteks Takwim & Waktu Solat, Perubahan Kriteria Imkan Al-Rukyah 2021 terhadap Takwim di Malaysia dan Kaedah Pengiraan Takwim & Waktu Solat Negeri Melaka yang telah disampaikan oleh En. Ahmad Taufan bin Abdul Rashid dari Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA).

Datuk Wira Haji Md. Rawi bin Mahmud, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka merasmikan bengkel berkenaan dalam ucapan perasmiannya berkata: “Beliau berharap agar bengkel yang diadakan dapat memberi pendedahan kepada peserta dalam menyediakan data-data waktu solat dan menyusun takwim hijri bagi tahun 1445H/2023M-2024M di samping mendapat ilmu tambahan dalam kaedah pengiraan takwim dan waktu solat”.

Dalam pada itu, Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka bersama Datuk Wira Haji Md. Rawi bin Mahmud, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka berkesempatan menyantuni para peserta menerusi Majlis Berbuka Puasa bersama para peserta bengkel berkenaan.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

PERHIMPUNAN BULANAN AGENSI AGAMA ISLAM NEGERI MELAKA BIL.2/2023

Tuesday, 28 March 2023 by Maslinda MUFTIMELAKA
IMG_3027

BUKIT PALAH, 28 Mac – Buat julung kali bagi tahun 2023, Perhimpunan Bulanan Agensi Agama Islam Negeri Melaka Bil.2/2023 yang telah dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka telah diadakan di Auditorium Masjid Al-Azim,                         Bukit Palah,Melaka pagi tadi.

Perhimpunan dimulakan dengan sesi “Executive Talk” menerusi tajuk “Pemerkasaan Penyampaian Perkhidmatan Pengurusan Islam Dalam Merealisasikan Malaysia Madani” yang telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Wan Mohamad bin Dato Sheikh Abdul Aziz, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Perhimpunan kali ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Wira Haji Md.Rawi bin Mahmud, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Melaka dalam ucapannya berkata: “Beliau menyarankan agar semua warga Agensi Agama Islam Negeri Melaka terus mengekalkan semangat kekeluargaan di samping menjaga disiplin serta menjalankan tugas dengan penuh amanah dan tanggungjawab sebagai Penjawat Awam“.

Seterusnya, YBhg. Datuk Wira Haji Md.Rawi bin Mahmud, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Melaka diiringi Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah menyampaikan Pertukaran Perjanjian Pajakan Tanah & Kompleks Falak Al-Khawarizmi diantara Jabatan Mufti Negeri Melaka dan Majlis Agama Islam Melaka, Pertukaran Perjanjian Sebahagian Sewaan Bangunan  diantara Jabatan Mufti Negeri Melaka dan Jabatan Agama Islam Negeri Melaka, Penyerahan Dokumen Sighah Persempadanan Kariah Masjid Negeri Melaka, Anugerah Pekerja Cemerlang Peringkat Jabatan dan Anugerah Pekerja Cemerlang Peringkat Negeri Melaka.

Perhimpunan ini turut dihadiri oleh 300 orang penjawat awam termasuk Ketua Jabatan dan agensi di bawah Agensi Agama Islam Negeri Melaka.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

PROGRAM DAURAH KITAB HURAIAN “AL-WARAQAT FI USUL AL-FIQH”

Thursday, 16 March 2023 by Maslinda MUFTIMELAKA
IMG_2325

KG. HULU, 16 Mac – Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah menganjurkan Program Daurah Kitab Huraian “Al-Waraqat Fi Usul Al-Fiqh” yang telah diadakan bertempat di Hotel Cara Hulu, Kompleks Kampung Hulu, Melaka.

Program yang berlangsung selama satu hari ini telah menampilkan YBhg. Ustaz Ahmad Fauwaz bin Ali@Fadzil, Penceramah Bebas yang telah memimpin pengajian Kitab Huraian ” Al-Waraqat Fi Usul Al-Fiqh” sebuah kitab Menerangkan tentang 4 tajuk besar iaitu  Dalil, Cara Beristidlal, Orang Yang Berkelayakan Untuk Berhujah (Al Mujtahid) dan Natijah (Hukum-Hukum Syarak).

Sahibus Samahah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka Majlis telah menyempurnakan perasmian penutup dan telah menyampaikan Sijil Tauliah Agama & Al-Qur’an kepada 30 orang penerima.

Para peserta yang hadir terdiri dari Guru Halaqah Negeri Melaka, Guru Takmir Negeri Melaka, Pemegang Tauliah Agama Negeri Melaka dan Anggota Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT) dan orang awam.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI MELAKA KEPADA PANGLIMA DIVISYEN KETIGA INFANTRI

Tuesday, 14 March 2023 by Maslinda MUFTIMELAKA
IMG_1943

SG. UDANG, 14 Mac – Delegasi dari Jabatan Mufti Negeri Melaka diketuai oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka bersama Pegawai-Pegawai Jabatan Mufti Negeri Melaka telah berkunjung kepada Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Dato’ Rashidin Hashimi bin Ab Rashid di Pejabat Panglima, Markas Divisyen Ketiga Infantri Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka.

Kunjungan hormat ini bertujuan memperkukuh hubungan dua hala di antara Jabatan Mufti Negeri Melaka dan Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia yang telah sedia wujud di antara kedua-dua pihak ini.  

Kunjungan ini juga turut memberi ruang bagi kedua-dua belah pihak untuk saling bertukar-tukar pendapat serta membincangkan isu-isu yang berkaitan.

Dalam pada itu, Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil dan seluruh warga kerja di Jabatan Mufti Negeri Melaka mengucapkan sekalung tahniah kepada Mejar Jeneral Dato’ Rashidin Hashimi bin Ab Rashid yang baru memulakan tugas di Pejabat Panglima, Markas Divisyen Ketiga Infantri Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

PROGRAM BICARA MUFTI SURAU AL-MUBARAK, TAMAN KESIDANG

Thursday, 09 March 2023 by Maslinda MUFTIMELAKA
IMG_1090

LORONG PANDAN, 9 Mac – Telah berlangsungnya Forum Bicara Mufti yang bertajuk “Hidayah Milik Allah” anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Melaka bertempat di Surau Al-Mubarak, Taman Kesidang,Seksyen 2, Lorong Pandan,Melaka.

Ahli panel terdiri daripada Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka; YBhg. Ustaz Muhammad Fitri bin Abdullah, Naib Pengerusi Perkim Kebangsaan dan YBhg. Mohammad Hafizi bin Abd. Kadir, Pegawai Hal Ehwal Islam Majlis Agama Islam Negeri Melaka (MAIM) selaku moderator forum tersebut.

Forum Bicara Mufti kali ini, memberi perkongsian tentang perjalanan dan pengalaman dalam mencari Hidayah Allah serta memberi kupasan mengenai Hidayah adalah petunjuk Allah yang dianugerahkan kepada hambanya.

Selepas forum, Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil berkesempatan menyampaikan sumbangan berbentuk kit makanan kepada beberapa orang Mualaf dan menyampaikan Sijil Penghargaan daripada Jabatan Mufti Negeri Melaka kepada Pengerusi Surau Al-Mubarak yang telah menjayakan Program Bicara Mufti kali ini.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

KUNJUNGAN HORMAT PEGAWAI DARI JABATAN PEGUAM NEGARA KE PEJABAT MUFTI NEGERI MELAKA

Thursday, 09 March 2023 by Maslinda MUFTIMELAKA
IMG_1013

BUKIT PALAH, 9 Mac – Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka hari ini menerima kunjungan hormat Pegawai dari  Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang (BSPUU) Jabatan Peguam Negara di Pejabat Mufti Negeri Melaka.

Delegasi yang diketuai oleh Dato’ Anas bin Ahmad Zakie ini disambut mesra oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Mufti dan Timbalan Mufti Negeri Melaka; Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin.

Pertemuan dua hala ini bertujuan menjalinkan dan memperkukuhkan kerjasama strategik di antara Pejabat Mufti Negeri Melaka dan Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang (BSPUU) Jabatan Peguam Negara serta turut memberi ruang kepada kedua-dua belah pihak bertukar-tukar pendapat serta membincangkan isu-isu berkenaan pentadbiran dan perundangan Syariah.

Read more
  • Published in Berita
No Comments
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6

Recent Posts

  • IMG_5185

    PROGRAM IJTIMAK PEMEGANG TAULIAH TAHUN 2023M/1445H

    BUKIT PALAH, 21 September – Jabatan Mufti...
  • IMG_5029

    PROGRAM TEKNOLOGI PENGUKURAN DAN PENGURUSAN MASJID MELALUI KAEDAH KERJA-KERJA UKUR DAN PENGGUNAAN PERALATAN DRON

    ALOR GAJAH, 30 Ogos – Jabatan Mufti Negeri Mela...
  • IMG_4806

    PROGRAM BICARA MUFTI MASJID AL-UKHWAH, KAMPUNG PADANG

    POKOK MANGGA, 26 Ogos – Jabatan Mufti Negeri Me...

Archives

  • September 2023 (1)
  • August 2023 (6)
  • July 2023 (5)
  • June 2023 (7)
  • May 2023 (5)
  • April 2023 (2)
  • March 2023 (6)
  • February 2023 (7)
  • January 2023 (5)
  • December 2022 (4)
  • November 2022 (9)
  • October 2022 (12)
  • September 2022 (6)
  • July 2022 (1)
  • June 2022 (3)
  • May 2022 (4)
  • April 2022 (7)
  • March 2022 (5)
  • February 2022 (2)
  • January 2022 (2)
  • December 2021 (10)
  • November 2021 (6)
  • October 2021 (7)
  • September 2021 (3)
  • August 2021 (2)
  • July 2021 (4)
  • June 2021 (2)
  • May 2021 (8)
  • April 2021 (11)
  • March 2021 (4)
  • February 2021 (2)

Categories

  • Berita
  • Kelab
  • Pengumuman

GET A FREE QUOTE

Please fill this for and we'll get back to you as soon as possible!

Waktu Operasi

Isnin – Khamis
7.30 pagi – 1.00 petang
2.00 petang – 6.00 petang

Jumaat
7.30 pagi – 12.15 tghari
2.45 petang – 6.00 petang

Hubungi Kami

T +606-2847920 / 21
Email: jkmmufti@gmail.com

Jabatan Mufti Negeri Melaka
Aras 2, Imarah A, Pusat Islam Melaka, 75400 Jalan Bukit Palah, Melaka

Open in Google Maps

Dasar Keselamatan
Dasar Privasi
Penafian
Peta Laman
Soalan Lazim

  • GET SOCIAL

© 2023 All rights reserved. JABATAN MUFTI NEGERI MELAKA.

TOP
MyGov Portal