1

Kenyataan Sebutharga Perkhidmatan Pembersihan Pejabat

Sebut harga adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor / Pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang Bekalan dan Perkhidmatan yang berkaitan serta dalam Gred, Kategori dan Pengkhususan yang berkaitan membuat tawaran bagi kerja berikut :

Perkhidmatan Pembersihan Pejabat / Kawasan Balai Cerap / Planetarium Kompleks Falak Al-Khawarizmi / Kubah Teleskop Robotik, Jabatan Mufti Negeri Melaka

maklumat lanjut sila muat turun dokokumen seperti pautan di bawah




Fenomena Bulan Perigee – 13 Julai 2022

Bulan Perigee adalah keadaan ketika bulan berada pada titik paling dekat dengan bumi ( 357, 263 km) disebabkan bentuk elips orbit bulan yang mengelilingi bumi. Orbit yang berbentuk elips akan mengakibatkan bulan berada pada titik paling jauh dari bumi atau dinamakan titik “apogee” manakala jarak paling hampir dengan bumi atau dinamakan titik “perigee”. Jarak secara purata bulan dari bumi ialah 384, 400 km.

Firman Allah SWT maksudnya:

Maha berkat Tuhan yang telah menjadikan di langit tempat-tempat peredaran bintang dan menjadikan padanya Matahari dan Bulan yang menerangi. (Surah Al-Furqaan : 61)