BUKIT PALAH, 9 Ogos – Sempena sambutan Bulan Kebangsaan bagi tahun 2023, Agensi Agama Islam Negeri Melaka menyemarakkan lagi semangat patriotik dan cintakan Negara dalam kalangan penjawat awam dengan pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang, Malaysia Madani Tekad Perpaduan Penuhi Harapan Peringkat Agensi Agama Islam Negeri Melaka yang telah diadakan di Perkarangan Lobi Perkarangan Lobi MAIM pada pukul 3 petang.
Seramai 150 orang penjawat awam terdiri daripada warga kerja Majlis Agama Islam Negeri Melaka, Jabatan Agama Islam Negeri Melaka, Jabatan Mufti Negeri Melaka, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka, Mahkamah Syariah Negeri Melaka dan Pusat Zakat Negeri Melaka serta Anak Syarikat Agensi Agama Islam Negeri Melaka hadir bagi menyemarakkan dan menanamkan semangat patriotisme sentiasa mekar dalam hati dikalangan warga kerja Agensi Agama Islam Negeri Melaka.
Yang Berhormat Tuan Rosli bin Abdullah, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama telah merasmikan Kempen Kibar Jalur Gemilang, Malaysia Madani Tekad Perpaduan Penuhi Harapan Peringkat Agensi Agama Islam Negeri Melaka.
Setelah itu, 150 orang warga kerja Agensi Agama Islam Negeri Melaka menyanyikan lagu Patriotik dan penyerahan bendera oleh Yang Berhormat Tuan Rosli bin Abdullah, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama kepada 60 buah kenderaan Jabatan dan persendirian.
Dalam pada itu, Tuan Haji Badarudin bin Mohd Kassim, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Melaka (JAIM); Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Melaka; Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan Datuk Haji Ibrahim bin Fadzil, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka turut berkesempatan menyerahkan bendera Jalur Gemilang kepada kenderaan Jabatan masing-masing.