TELOK MAS, 4 Oktober – Hari ini Jabatan Mufti Negeri Melaka bersama delegasi dari Jabatan Mufti Negeri Pahang mengadakan lawatan ke Pulau Besar, Melaka.
Lawatan yang diketuai oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan Dato Seri Dr Haji Abdul Rahman Osman; Mufti Kerajaan Negeri Pahang bersama beberapa pegawai dari Jabatan Mufti Negeri Pahang bergerak ke Pulau Besar dengan menaiki bot bermula dari jeti Parameswara Umbai.
Tiba di pulau delegasi diberi taklimat berkaitan isu pemujaan dan khurafat yang pernah berlaku di Pulau Besar, Melaka dimana pulau tersebut sering dikaitkan dengan aktiviti pemujaan yang menjadi tumpuan oleh kumpulan ajaran sesat.
Delegasi Jabatan Mufti Negeri Pahang juga dibawa melawat beberapa lokasi yang dijadikan tempat pemujaan dan aktiviti khurafat yang telah dihapuskan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Melaka dan Majlis Agama Islam Negeri Melaka.