PANTAI PUTERI, 7 Feb – Seramai 100 orang telah menerima sijil tauliah mengajar Agama dan Al-quran dalam Majlis Diskusi Fatwa Semasa Pemegang Tauliah Agama & Al-Quran Negeri Melaka Siri 1/2023 yang telah dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka bertempat di Hotel Puteri Bay, Pantai Puteri Melaka.
Majlis dimulakan dengan ceramah bertajuk “Manhaj Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Teras Penyatuan & Pembangunan Ummah” yang telah disampaikan oleh Timbalan Mufti Negeri Melaka; Sahibus Samahah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin.
Beliau menyarankan agar Pemegang Tauliah Di Negeri Melaka tetap menjaga Aqidah, Syariah dan Akhlak Ummah di Negeri Melaka ini agar keselamatan dan keamanan Negeri Melaka daripada gejala perpecahan dan pergaduhan sesama Muslim akibat isu pegangan akidah yang berbeza dapat dipelihara. Ianya sejajar dengan Negeri Melaka adalah Negeri yang bertunjangkan dasar dan teras kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Selepas itu, Sahibus Samahah Tuan Haji Hazarudin Bin Haji Baharudin telah menyempurnakan majlis dan menyampaikan sijil tauliah mengajar kepada 100 orang penerima.