BUKIT BARU,27 Mei – Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan dan Majlis Agama Islam Negeri Melaka telah mengadakan Program Bicara Mufti di Masjid Al Ehsan Bukit Baru pada jam 9.00 pagi tadi.
Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ustaz Mohd Fadzil bin Haji Abu Kasim, Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan seterusnya beliau merasmikan Program Bicara Mufti kali ini.
Program berbentuk forum ini menampilkan panel kerhormat seperti Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka; YBhg. Tuan Hj Ustaz Norazman bin Amat, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kaunseling & Pembangunan Insan MAINS dan Ustaz Muhammad Ainur Robbani bin Nasohah, Timbalan Pegawai Agama Daerah Seremban selaku moderator.
Dalam program ini, Ustaz Mohd Fadzil bin Haji Abu Kasim, Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan bersama Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil berkesempatan menyampaikan sumbangan berbentuk kit makanan kepada beberapa keluarga asnaf yang hadir.
Lebih 100 orang dikalangan mualaf dan asnaf serta orang awam di Negeri Melaka hadir bagi mengimarahkan program ini.