LONDANG, 10 Disember – Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Melaka telah menganjurkan Program Bicara Mufti yang telah berlangsung di Masjid Al-Ehsan, Londang, Melaka hari ini.
Program dimulakan dengan solat jumaat yang telah dipimpin oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
Selesai solat Jumaat, Sahibus Samahah Datuk Wira Mufti bersama Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Ehsan, Londang, Melaka berkesempatan menyantuni dan menziarahi tiga orang mantan pegawai syarak Masjid Al-Ehsan Kampung Londang, Melaka.
Program diteruskan dengan Majlis Penyerahan Bantuan Kit Makanan Kepada Asnaf-Asnaf di dalam kariah masjid berkenaan. Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah menyampaikan bantuan kit makanan berkenaan kepada 16 orang penerima yang hadir. Selesai solat maghrib berjemaah program diteruskan dengan program bual bicara berbentuk forum yang menampilkan barisan panel kehormat seperti YBhg Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka, YBhg Ustaz Shukeri Najib bin Ab Rahim; Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka dan Al-Fadhil Ustaz Mohd Zaid Bin Khamis; Imam 2 Masjid Al-Ehsan sebagai moderator.