JASIN, 17 Disember – Semalam Program Bicara Mufti bagi tahun 1443H/2021M anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Melaka telah diadakan di Masjid An-Nur Taman Maju,Jasin, Melaka.
Program dimulakan dengan bacaan khutbah dan solat jumaat yang telah dipimpin oleh Sahibul Fadilah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin; Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
Selesai solat Jumaat, Sahibul Fadilah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin berkesempatan menyampaikan bantuan kit makanan kepada beberapa orang penerima yang hadir ke masjid.
Pada malamnya pula program diteruskan lagi dengan Program bual bicara berbentuk forum yang menampilkan barisan panel kehormat seperti YBhg Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka, YBhg Datuk Haji Rahimin Bin Bani sebagai panel kehormat dan Al-Fadhil Ustaz Abd Manap bin Mohamad, Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Agama Islam Negeri Melaka (JAIM) sebagai moderator bagi forum tersebut yang membawa tajuk “ Rapuh Iman, Runtuh Perpaduan”.
Inti pati forum selama dua jam itu, telah menitikberatkan kepada jemaah yang hadir mengenai kepentingan menjaga silaturahim sesama manusia kerana hubungan yang baik mampu meningkatkan perpaduan dikalangan umat islam dan mendatangkan barakah serta rahmat daripada Allah SWT.
Dalam pada itu, diskusi forum tersebut juga menyarankan supaya umat Islam terus bersatu dan saling kasih-mengasihi serta mengingatkan kepada umat islam bahawa dugaan wabak Covid 19 yang melanda dunia sekarang ini adalah satu ujian kepada umat islam supaya sentiasa berdoa kepada Allah untuk memohon perlindungan dan mempertingkatkan keimanan.
Program ini telah diadakan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit Covid-19