BUKIT PALAH, 6 Mei – Seramai 54 orang penerima Tauliah Mengajar Agama dan Al-Quran Negeri Melaka telah menghadiri Majlis Penyerahan Sijil Tauliah Mengajar Agama & Al-Quran Siri 2/2025 yang telah diadakan di Bilik Kuliah Masjid Al-Azhim Negeri Melaka.
Majlis diisi dengan bual bicara santai oleh Ustaz Haryyanto Rizal bin Rokman dan Ustaz Elyas bin Ismail yang juga penerima Tauliah Mengajar Agama Negeri Melaka bersama Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka membincangkan peranan pendakwah era baharu masa kini seperti kaedah menyampaikan dakwah dengan hikmah dan kreativiti dan memanfaatkan teknologi dan media sosial yang membawa nilai Islam secara positif bagi menarik generasi muda yang cenderung kepada penggunaan media sosial masa kini.
Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah menyempurnakan serta menyampaikan Sijil Tauliah kepada para pemegang tauliah yang hadir dalam majlis tersebut.





![]()



