TEKNOLOGI MAKLUMAT
- Utama
- TEKNOLOGI MAKLUMAT
FUNGSI UTAMA
-
Menyediakan khidmat ICT dan Komunikasi Jabatan Mufti Negeri Melaka.
OBJEKTIF
- Menjadikan Jentera Pentadbiran Jabatan Mufti Negeri Melaka dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi sebagai suatu jentera pentadbiran yang termoden, produktif, cekap dan berkesan dalam menjalankan fungsi-fungsinya dengan memanfaatkan sepenuhnya penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta sistem maklumat berkaitan.
- Mewujudkan penyelarasan dengan Unit IT Negeri untuk melaksanakan dasar IT Negeri ke arah e-Kerajaan.
- Menjalin kerjasama dengan institusi agama negeri dan persekutuan serta IPT dalam bidang IT.
- Mempastikan semua masjid di Negeri Melaka memiliki prasarana IT yang melibatkan infrastruktur dan sistem maklumat pengurusan masjid yang efektif, komprehensif dan sofistikated.
- Memberi perkhidmatan latihan asas teknologi maklumat kepada anggota Jabatan Mufti Negeri Melaka dan pengurusan masjid negeri Melaka.
AKTIVITI
-
Mengurus / Menyelenggara Rangkaian Data / Sistem-Sistem Aplikasi Jabatan.
-
Mengurus dan Memantau Program e-masjid Negeri Melaka.
-
Mengurus dan Menyelenggara Perkakasan Server, Komputer, 'Networking' dan Seluruh Sistem Maklumat JMM.
-
Mengurus, Menyelenggara dan Memantau Portal al-azim.com dan laman web masjid.
-
Mengkaji, Membangun dan Melaksana Sistem Maklumat Baru Untuk Kegunaan Jabatan.
-
Urusan Pemasukan Data Ke Dalam Sistem
-
Mengurus rekabentuk grafik dan persembahan multimedia berdasarkan keperluan Jabatan
-
Urusan Menyediakan Laporan Teknikal Berhubung IT Jabatan.
-
Mengurus dan Menyelaras Kursus, Bengkel, Seminar, Konvensyen Berkaitan.
-
Menyediakan Garis Panduan / Khidmat Nasihat Kepada Kakitangan Jabatan Berhubung ICT.
-
Mengurus Ceramah dan Cerapan 'Online' Jabatan
-
Mengurus dan Menyelaras Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan
Bil | Nama | Jawatan | Gred |
---|---|---|---|
1 | Pn Siti Hajar binti Othman | Penolong Pegawai Teknologi Maklumat | FA32 (TBK1) |
2 | Pn Maslinda Binti Said | Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (Kontrak) | FA29 |
3 | En Ahmad Hazmin Bin Rose | Juruteknik Komputer | FT22 (TBK1) |