Dari Segi Bahasa :
Definisi Fatwa dari segi bahasa berasaldaripada kalimah afta-ifta'an yang memberi maksud menjelas dan menghuraikan hukum permasalahan berkaitan dengan agama.
Dari Segi Istilah :
Pada istilahnya pula, fatwa mempunyai pelbagai definisi antaranya:
- Penjelasan mengenai hukum syarak oleh Mufti bagi sesuatu masalah agama berdasarkan dalil syarak sebagai jawapan kepada sesiapa yang bertanya samada secara persendirian atau berkumpulan.
- Proses memberi jawapan sama ada oleh seseorang Mufti atau secara berjemaah oleh sesebuah Jawatankuasa Fatwa atau Majlis Fatwa.
Dari Segi Perundangan :
Menurut Seksyen 36(9) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002, bahawa apa-apa penyataan yang dibuat oleh Mufti atau Jawatankuasa Fatwa tidak dikira sebagai fatwa melainkan ianya disiarkan dalam warta.