PIAGAM PELANGGAN JABATAN
- Utama
- PIAGAM PELANGGAN JABATAN
Dengan izin Allah Jabatan Mufti Negeri Melaka berusaha untuk memenuhi keperluan pelanggan seperti berikut;
-
Pertanyaan bertulis yang diterima daripada pelanggan tentang sesuatu isu yang memerlukan pandangan hukum syara'/fatwa akan dijawab/diberi maklumbalas dalam tempoh 14 hari dari tarikh pertanyaan diterima.
-
Permohonan bagi mendapatkan pandangan/ulasan Jawatankuasa Fatwa mengenai sesuatu isu akan dijawab/diberi maklumbalas dalam tempoh 14 hari selepas mesyuarat bersidang.
-
Sijil Tauliah Mengajar Agama/Al-Qur'an Negeri Melaka akan dikeluarkan kepada pemohon yang berjaya dalam tempoh 14 hari selepas sijil yang diterima oleh jabatan ditandatangani oleh Pengerusi Majlis.
-
Permohonan Pelanjutan Tempoh/Pembaharuan Sijil Tauliah Mengajar Agama/Al-Qur'an Negeri Melaka akan diproses dan disampaikan kepada pemohon dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan diterima.
-
Temuduga bagi calon Pegawai Syarak Negeri Melaka akan dilaksanakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh tamat kursus kepada calon.
-
Surat jawapan kepada pelanggan mengenai permohonan lawatan rasmi ke Kompleks Falak Al-Khawarizmi akan disampaikan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh terima permohonan.
-
Data-data hisab mengenai penetapan awal bulan-bulan Islam, Takwim dan Jadual Waktu Solat, Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak akan disahkan pada masa yang ditetapkan.
-
Permohonan penentuan atau penyemakan arah kiblat akan dilaksanakan dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan.
-
Tayangan planetarium akan ditayangkan tepat pada masanya seperti di dalam jadual tayangan yang telah disahkan.
-
Permohonan mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan hal ehwal Jabatan dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi akan diproses dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh terima.
-
Aduan mengenai perkhidmatan ICT yang dikendalikan oleh pihak jabatan akan diambil tindakan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.
-
Menyediakan perkhidmatan pembaca doa bagi permohonan di Majlis-Majlis rasmi Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun dan Swasta akan dijawab dalam tempoh 7 hari sebelum majlis diadakan.
-
Semua baucer bayaran akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan tuntutan.
-
Surat Pesanan Pembelian Tempatan (LPO) dan Pesanan Perkhidmatan (Service Order) akan diuruskan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan pembelian yang lengkap.