Penerbitan koleksi brosur dan risalah Jabatan Mufti Negeri Melaka ini merupakan salah satu inisiatif dalam menyampaikan maklumat, penerangan serta panduan berkaitan hal ehwal agama kepada masyarakat. Bahan-bahan penerbitan ini menghimpunkan pelbagai topik yang telah diterbitkan oleh jabatan sebagai rujukan dan perkongsian ilmu kepada orang awam.
Selain menjadi medium penyampaian maklumat yang lebih mudah dan ringkas, koleksi ini juga berperanan sebagai rekod dokumentasi penerbitan jabatan serta menyokong usaha penyebaran dakwah dan kefahaman Islam secara berterusan kepada masyarakat.