28 Safar 1448 H | Selasa, 11 Ogos 2026
Soalan Lazim Peta Laman Maklum Balas |
| |
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Utama / Warta Fatwa / Syariah / Kaedah Pengiraan Zakat Harta (Pendapatan, Perniagaan, Perta…

Kaedah Pengiraan Zakat Harta (Pendapatan, Perniagaan, Pertanian, Ternakan, KWSP, LTAT, Wang Simpanan, Saham, Sukuk, Bon, Hasil Galian, Emas dan Perak)

FATWA27-KaedahPengiraanZakatHarta Β· 19 November 2009

Jata Negeri Melaka

NEGERI MELAKA

Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 53
No. 24

19hb November 2009

TAMBAHAN No. 11
PERUNDANGAN

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

M.P.U. 16.

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36

FATWA yang dinyatakan dalam Jadual telah disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 [En. No. 7 tahun 2002] dan telah dikemukakan kepada Majlis oleh Mufti, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, menurut subseksyen 36(3), dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen 36(4) bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta dan telah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri menurut subseksyen 36(6) fatwa itu adalah disiarkan dalam Warta di bawah subseksyen itu.

JADUAL

  1. Zakat Pendapatan
    Kadar nisab bagi zakat pendapatan adalah berpandukan kepada timbangan emas iaitu 20 mithqal ( ‫ ) مثقال‬ atau 20 dinar bersamaan 85 gram emas.
    Kadar zakat yang diwajibkan ialah sebanyak satu perdua (Β½) dinar bersamaan 2.125 gram emas atau 2.5 peratus (1/40) daripada pendapatan kasar dan penggajian yang cukup haul dan nisab.
    Kaedah pengiraan zakat pendapatan seperti berikut:
    1. Dua perpuluhan lima (2.5) peratus daripada jumlah pendapatan kasar setahun (jika pendapatan tersebut melebihi nisab); atau
    2. Dua perpuluhan lima (2.5) peratus daripada jumlah pendapatan bersih setahun setelah ditolak perbelanjaan-perbelanjaan asas yang dibenarkan (berdasarkan kaedah penolakan yang dibenarkan).
    Tolakan perbelanjaan yang dibenarkan adalah mengikut kadar yang ditentukan seperti berikut:
    1. Diri sendiri – RM8,000.00
    2. Isteri (tidak bekerja sahaja) – RM5,000.00
    3. Anak – RM1,000.00 seorang
    4. Ibu bapa – mengikut jumlah sebenar
    5. Caruman KWSP – 11 peratus; dan
    6. Caruman atau simpanan dalam organisasi yang membayar zakat seperti Tabung Haji dan Takaful – mengikut jumlah sebenar.
  2. Zakat Perniagaan
    Kadar nisab bagi zakat perniagaan adalah berpandukan kepada timbangan emas iaitu 20 mithqal ( ‫ ) مثقال‬ atau 20 dinar bersamaan 85 gram emas.
    Kadar zakat yang diwajibkan ialah sebanyak satu perdua (1/2) dinar bersamaan 2.125 gram emas atau 2.5 peratus (1/40) daripada hasil perniagaan yang cukup haul dan nisab.
    Kaedah pengiraan zakat perniagaan seperti berikut:
    1. Kaedah Syar’iyyah atau dikenali juga sebagai Kaedah Modal Kerja (Working Capital), iaitu:
      [(Aset Semasa – Tanggungan Semasa) +/- Pelarasan] x Peratus Pemilikan Saham Muslim x 2.5 Peratus.
    2. Kaedah β€˜Urfiyyah atau dikenali juga sebagai Kaedah Modal Berkembang (Growth Model), iaitu:
      [(Ekuiti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang – Aset Tetap – Aset Bukan Semasa) +/- Pelarasan] x Peratus Pemilikan Saham Muslim x 2.5 Peratus.
  3. Zakat Pertanian (Padi)
    Kadar nisab zakat pertanian (padi) ialah lima aswuq ( ‫) Ψ£ΩˆΨ³Ω‚β€¬ bersamaan dengan 363 gantang atau 1,300 kg padi.
    Kadar dan kaedah pengiraan zakat pertanian (padi) adalah berdasarkan cara-cara penghasilannya iaitu seperti berikut:
    1. Bagi tanaman yang dijaga dengan sumber percuma (seperti air hujan), maka kadarnya ialah 10 peratus atau satu persepuluh (1/10).
    2. Bagi tanaman yang dijaga dengan sumber yang dibeli, maka kadar zakatnya ialah 5 peratus atau satu perdua puluh (1/20).
    3. Bagi tanaman yang dijaga dengan menggunakan kedua-dua sumber di atas, maka kadarnya ialah 7.5 peratus.
    Zakat pertanian wajib dikeluarkan ke atas padi yang cukup nisab pada setiap kali tuaian sama ada dalam bentuk padi atau dibayar nilainya (qimah).
  4. Zakat Ternakan
    (i) Lembu/Kerbau :
    Kadar nisab bagi ternakan lembu atau kerbau ialah 30 ekor. Kaedah pengiraan zakat lembu/kerbau yang telah cukup haul dan nisab adalah seperti berikut :

    KADAR NISAB Bilangan (ekor) 30-39

    KADAR ZAKAT

    Bilangan β€” 1 ekor; Umur/Jantina β€” 1 tahun lebih (j)

    40-59 β€” 1 ekor β€” 2 tahun lebih (b)

    60-69 β€” 2 ekor β€” 1 tahun lebih (j)

    70-79 80-89 β€” 1 ekor dan 1 ekor / 2 ekor β€” 1 tahun lebih (j) dan 2 tahun lebih (b) / 2 tahun lebih (b)

    90-99 β€” 3 ekor β€” 1 tahun lebih (j)

    100-109 110-119 120 ke atas β€” 1 ekor dan 2 ekor / 2 ekor dan 1 ekor / 3 ekor dan 3 ekor β€” 2 tahun lebih (b) dan 1 tahun lebih (j) / 2 tahun lebih (b) dan 1 tahun lebih (j) / 2 tahun lebih (b) dan 1 tahun lebih (j)

    Nota : (j) : Jantan, (b) : Betina

    Apabila bilangan itu lebih daripada yang dinyatakan di atas, maka bagi setiap 30 ekor lembu diwajibkan zakat satu ekor anak lembu jantan yang berumur satu tahun. Bagi setiap 40 ekor lembu diwajibkan zakat atau satu ekor anak lembu betina yang berumur dua tahun.

    Jika ternakan bercampur, maka zakatnya terserah kepada pembayar sama ada mahu mengeluarkan zakat lembu atau kerbau. Pilihlah yang sederhana atau boleh diganti dengan nilai harga bagi ternakan berkenaan untuk dikeluarkan zakat.

    (ii) Kambing/Biri-biri :
    Kadar nisab bagi ternakan kambing atau biri-biri ialah 40 ekor. Kaedah pengiraan zakat kambing/biri-biri yang telah cukup haul dan nisab adalah seperti berikut :

    KADAR NISAB Bilangan (ekor) 40-120 / 121-200 / 201-399 / Penambahan seterusnya : Tiap-tiap 100 ekor

    Bilangan β€” 1 ekor / 2 ekor / 3 ekor / 1 ekor

    KADAR ZAKAT Jenis/Umur/Jantina β€” Biri-biri 1 tahun (j @ b) atau Kambing 2 tahun (j @ b) ; Biri-biri 1 tahun (j @ b) atau Kambing 2 tahun (j @ b) ; Biri-biri 1 tahun (j @ b) atau Kambing 2 tahun (j @ b) ; Biri-biri 1 tahun (j @ b) atau Kambing 2 tahun (j @ b)

    Nota : (j) : Jantan, (b) : Betina

    Setiap pertambahan 100 ekor, zakatnya ditambahkan satu ekor kambing dua tahun dan seterusnya.

    Jika semua kambing yang sampai nisab itu jantan, maka harus dikeluarkan yang jantan sebagai zakat. Tetapi apabila ada antaranya yang betina hendaklah sebahagian dari zakat yang dikeluarkan itu betina.

    Jika bercampur kambing dan biri-biri serta beberapa jenisnya, maka apabila cukup nisab, bolehlah dikeluarkan zakat mengikut pilihan tuannya sama ada kambing atau biri-biri atau diganti dengan nilai harga bagi ternakan berkenaan untuk dikeluarkan zakat.

  5. Zakat Caruman Berkanun (KWSP, LTAT dan sebagainya)
    Kadar nisab bagi zakat caruman berkanun adalah berpandukan kepada timbangan emas iaitu 20 mithqal ( ‫ ) مثقال‬ atau 20 dinar bersamaan 85 gram emas.
    Kadar zakat yang diwajibkan ialah sebanyak satu perdua (1/2) dinar bersamaan 2.125 gram emas atau 2.5 peratus (1/40).
    Kaedah pengiraan zakat caruman berkanun adalah seperti berikut :
    1. Caruman berkanun dianggap sebagai milik sempurna iaitu mengeluarkan zakat sebanyak 2.5 peratus daripada jumlah keseluruhan wang caruman yang dikeluarkan pada hari wang caruman tersebut diterima dan cukup nisab.
    2. Caruman berkanun dianggap sebagai bukan milik sempurna iaitu mengeluarkan zakat sebanyak 2.5 peratus daripada jumlah wang caruman pekerja sahaja berdasarkan penyata tahunan KWSP (wang masih tersimpan di KWSP).
  6. Zakat Wang Simpanan
    Kadar nisab bagi zakat wang simpanan adalah berpandukan kepada timbangan emas iaitu 20 mithqal ( ‫ ) مثقال‬ atau 20 dinar bersamaan 85 gram emas.
    Kadar zakat yang diwajibkan ialah sebanyak satu perdua (1/2) dinar bersamaan 2.125 gram emas atau 2.5 peratus (1/40) daripada wang simpanan yang cukup haul dan nisab.
    Kaedah pengiraan zakat wang simpanan adalah seperti berikut:
    Zakat wajib dikeluarkan sebanyak 2.5 peratus daripada jumlah baki terendah setelah ditolak wang faedah (akaun konvensional) bagi satu atau beberapa akaun simpanan dalam tahun tersebut yang cukup haul dan nisab.
  7. Zakat Saham, Sukuk dan Bon
    Kadar nisab bagi zakat saham, sukuk dan bon adalah berpandukan kepada timbangan emas iaitu 20 mithqal ( ‫) مثقال‬ atau 20 dinar bersamaan 85 gram emas.
    Kadar zakat yang diwajibkan ialah sebanyak satu perdua (1/2) dinar bersamaan 2.125 gram emas atau 2.5 peratus (1/40) daripada saham dan bon yang cukup haul dan hisab. Kaedah pengiraan zakat saham seperti berikut :
    1. Saham yang masih dimiliki hingga hujung tahun (haul), iaitu 2.5 peratus daripada harga terendah antara harga pasaran dan harga belian serta melebihi nisab. Jika harga terendah tidak dapat ditentukan, maka bolehlah ditentukan berdasarkan harga saham pada akhir tahun.
    2. Saham yang dijual beli sepanjang tahun (haul), iaitu 2.5 peratus daripada nilai jualan saham setelah ditolak kos pembelian dan melebihi nisab.
    Manakala kaedah pengiraan zakat sukuk dan bon ialah 2.5 peratus daripada nilai sukuk dan bon yang cukup haul dan melebihi nisab.
  8. Zakat Hasil Galian (Ma’adin, Kunuz dan Rikaz)
    Hasil galian bermaksud hasil galian yang diperolehi daripada perut bumi. Ia boleh dibahagikan kepada :
    i) Ma’adin iaitu segala galian yang diperolehi dari perut bumi sama ada beku atau cair, di darat atau di laut contohnya emas, perak, bijih timah dan petroleum;
    ii) Kunuz iaitu harta yang tersimpan di dalam bumi contohnya harta karun selepas kedatangan Islam; dan
    iii) Rikaz iaitu harta benda yang tersimpan di dalam bumi dan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ia tersimpan sebelum kedatangan Islam.
    Kadar nisab bagi zakat hasil galian (ma’adin, kunuz dan rikaz) adalah berpandukan kepada timbangan emas iaitu 20 mithqal ( ‫ ) مثقال‬ atau 20 dinar bersamaan 85 gram emas.
    Kaedah pengiraan zakat galian (ma’adin) ialah wajib dikeluarkan sebanyak satu perdua (1/2) dinar bersamaan 2.125 gram emas atau 2.5 peratus (1/40) daripada hasil galian (ma’adin) yang cukup nisab setelah siap diproses (dibersihkan) dengan mengambilkira kos operasi pengeluarannya (tidak disyaratkan cukup haul).
    Manakala kaedah pengiraan zakat rikaz dan kunuz pula ialah wajib dikeluarkan sebanyak satu perlima (1/5) atau 20 peratus daripada nilai keseluruhan harta yang ditemui dan cukup nisab setelah diambilkira kos membiayai operasi penggaliannya (tidak disyaratkan cukup haul).
  9. Zakat Emas dan Perak
    (i) Zakat Emas :
    Kadar nisab bagi zakat emas ialah 20 mithqal ( ‫ ) مثقال‬ atau 20 dinar bersamaan 85 gram emas.
    Kadar zakat emas yang wajib dikeluarkan ialah sebanyak satu perdua (1/2) dinar bersamaan 2.125 gram emas atau 2.5 peratus daripada nilai emas yang melebihi kadar nisab semasa dan telah cukup haul.
    Kaedah pengiraan zakat emas adalah seperti berikut :
    1. Emas yang dipakai untuk perhiasan wanita, iaitu 2.5 peratus daripada nilai keseluruhan emas perhiasan yang melebihi kadar β€˜urf pemakaian emas setempat (tanpa penolakan β€˜urf).
    2. Emas yang tidak dipakai, iaitu 2.5 peratus daripada nilai emas yang melebihi kadar nisab semasa.
    Kadar β€˜urf pemakaian emas bagi Negeri Melaka ditetapkan sebanyak 120 gram.
    (ii) Zakat Perak :
    Kadar nisab bagi zakat perak ialah 5 awqiyah (‫ )Ψ£ΩˆΩ‚ΩŠΨ©β€¬ atau 200 dirham bersamaan 595 gram perak. Kadar zakat perak yang wajib dikeluarkan ialah sebanyak 5 dirham bersamaan 2.975 gram perak atau 2.5 peratus (1/40). Kaedah pengiraan zakat perak ialah 2.5 peratus daripada nilai perak yang melebihi kadar nisab semasa dan telah cukup haul.

Bertarikh 6 November 2009
[JMM/BFB(S)/351/255/02/02; PUNM. 700-02/37]

DATUK SERI HAJI MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM
Pengarah/Chairman,
Majlis Agama Islam Melaka

Fail Fatwa

FATWA27-KaedahPengiraanZakatHarta.pdf
← Kembali ke Syariah Semua Warta Fatwa β†’