NEGERI MELAKA
Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA
GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY
Jil. 55
No. 1
6hb Januari 2011
TAMBAHAN No. 1
PERUNDANGAN
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002
M. P.U. 2.
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36
FATWA yang dinyatakan dalam Jadual telah disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 [En. No. 7 tahun 2002] dan telah dikemukakan kepada Majlis oleh Mufti, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, menurut subseksyen 36(3), dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen 36(4) bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta dan telah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri menurut subseksyen 36(6) fatwa itu adalah disiarkan dalam Warta di bawah subseksyen itu.
JADUAL
-
- Perbuatan melukis, melakar, mengukir, mengilustrasi atau memvisualisasikan gambar para malaikat, Nabi-Nabi terdahulu, Rasulullah Sallallahu βalaihi wasallam dan ahli keluarga serta para Sahabat Baginda Sallallahu βalaihi wasallam yang utama atau melakonkan watak-watak mereka dalam apa juga bentuk adalah haram; dan
- Orang Islam adalah dilarang mencetak, menjual, mengedar, membeli atau memiliki perkara-perkara yang tersebut dalam perenggan (a) dalam apa jua bentuk.
Bertarikh 18 Mei 2010
[JMM/BFB(S)/351/255//01/08; PUNM. 700-02/40]
DATUK SERI HAJI MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM
Pengerusi/Chairman, Majlis Agama Islam Melaka