28 Safar 1448 H | Selasa, 11 Ogos 2026
Soalan Lazim Peta Laman Maklum Balas |
| |
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Utama / Warta Fatwa / Syariah / Penentuan Nilai Fidyah Bersamaan 1/4 Daripada Nilai Zakat F…

Penentuan Nilai Fidyah Bersamaan 1/4 Daripada Nilai Zakat Fitrah Tahun Semasa

FATWA29-PenentuanNilaiFidyah Β· 19 November 2009

Jata Negeri Melaka

NEGERI MELAKA

Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 53
No. 24

19hb November 2009

TAMBAHAN No. 11
PERUNDANGAN

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

M.P.U. 18.

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36

FATWA yang dinyatakan dalam Jadual telah disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 [En. No. 7 tahun 2002] dan telah dikemukakan kepada Majlis oleh Mufti, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, menurut subseksyen 36(3), dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen 36(4) bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta dan telah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri menurut subseksyen 36(6) fatwa itu adalah disiarkan dalam Warta di bawah subseksyen itu.

JADUAL

  1. Menetapkan bahawa kaedah pengiraan fidyah puasa di Negeri Melaka adalah berdasarkan formula berikut :

    Bilangan Hari Puasa Yang Ditinggalkan x Jumlah Pertambahan Bilangan Tahun x Nilai Fidyah Semasa = Jumlah Fidyah Puasa Perlu Dibayar
  2. Menetapkan bahawa nilai fidyah semasa di negeri Melaka adalah bersamaan dengan kadar ΒΌ daripada harga zakat fitrah tahun semasa bagi negeri Melaka.

Bertarikh 6 November 2009
[JMM/BFB(S)/351/255/02/06; PUNM. 700-02/37]

DATUK SERI HAJI MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM
Pengarah/Chairman
Majlis Agama Islam Melaka

Fail Fatwa

FATWA29-PenentuanNilaiFidyah.pdf
← Kembali ke Syariah Semua Warta Fatwa β†’