28 Safar 1448 H | Selasa, 11 Ogos 2026
Soalan Lazim Peta Laman Maklum Balas |
| |
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Utama / Warta Fatwa / Aqidah / Pengharaman Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim

Pengharaman Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim

FATWA58-Pengharaman-Ajaran-Millah-Abraham-Ibrahim Β· 17 August 2017

Jata Negeri Melaka

NEGERI MELAKA

Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 61
No. 17

17hb Ogos 2017

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM
(NEGERI MELAKA) 2002

ADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM
(STATE OF MALACCA) ENACTMENT 2002

No. 324.

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36
FATWA UNDER SECTION 36

Fatwa yang dinyatakan dalam Jadual telah disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 [En. No. 7 tahun 2002] dan telah dikemukakan kepada Majlis oleh Mufti, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, menurut subseksyen 36(3), dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen 36(4) bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta dan telah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri menurut subseksyen 36(6) fatwa itu adalah disiarkan dalam Warta di bawah subseksyen itu.

The Fatwa set out in the Schedule was prepared by the Fatwa Committee under section 35 of the Administration of the Religion of Islam (State of Malacca) Enactment 2002 [En. No. 7 of 2002] and has been submitted to the Majlis by the Mufti, on behalf and in the name of the Fatwa Committee, pursuant to subsection 36(3), and the Yang di-Pertuan Agong has given his assent under subsection 36(4) for the publication of the fatwa in the Gazette and the State Government has been informed of the fatwa pursuant to subsection 36(6) and the fatwa is published the Gazette under that subsection.

JADUAL/SCHEDULE

  1. Bahawa fahaman dan ajaran Millah Abraham @ Ibrahim adalah menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam kerana mengandungi elemen-elemen meragukan antaranya seperti berikut:
    1. membawa ajaran dan kerajaan baru (Millah Abraham @ Ibrahim);
    2. mensyirikkan golongan yang tidak mengikuti Millah Abraham @ Ibrahim;
    3. menggabungkan tiga (3) ajaran agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi;
    4. menyalah ertikan maksud kiamat;
    5. memahami al-Quran mengikut tafsiran sendiri;
    6. meninggalkan solat lima waktu dan solat jumaat;
    7. taksub dan memutuskan hubungan keluarga dan suami isteri; dan
    8. perjanjian (bai’ah) oleh anggota Millah Abraham.
  2. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang untuk berpegang kepada fahaman atau ajaran Millah Abraham @ Ibrahim atau menjadi pengikut kepada fahaman atau ajaran tersebut atau apa-apa fahaman atau ajaran yang mempunyai persamaan dengan fahaman atau ajaran tersebut dan sesiapa yang sengaja melakukannya adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar;
  3. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang berada di dalam majlis, perayaan, perhimpunan dan sambutan keraian yang boleh dikaitkan dengan fahaman atau ajaran Millah Abraham @ Ibrahim atau mereka berpegang dengan fahaman atau ajaran tersebut atau apa-apa fahaman atau ajaran yang mempunyai persamaan dengannya dan sesiapa yang sengaja melakukannya adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar;
  4. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang mengisytiharkan diri sebagai orang yang berpegang dengan fahaman atau ajaran tersebut atau apa-apa fahaman atau ajaran yang mempunyai persamaan dengannya melalui pengakuan bersumpah atau apa-apa kaedah lain adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar;
  5. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang menjadi ahli atau pengikut kepada mereka-mereka yang berpegang dengan fahaman atau ajaran tersebut atau apa-apa fahaman atau ajaran yang mempunyai persamaan dengannya dengan berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat, yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman mereka yang berpegang dengan fahaman atau ajaran tersebut atau apa-apa fahaman atau ajaran yang mempunyai persamaan dengannya adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar;
  6. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang cuba menghidupkan kembali ajaran dan fahaman mereka yang berpegang dengan fahaman atau ajaran tersebut atau apa-apa fahaman atau ajaran yang mempunyai persamaan dengannya sama ada melalui apa-apa rangkaian, atau mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman mereka yang berpegang dengan fahaman atau ajaran tersebut adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar;
  7. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang mengajar, menganjur, mengadakan, membantu menjayakan apa-apa perayaan, sambutan keraian atau majlis yang boleh dikaitkan dengan fahaman mereka yang berpegang dengan fahaman atau ajaran tersebut atau apa-apa fahaman atau ajaran yang mempunyai persamaan dengannya adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar;
  8. Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman mereka yang berpegang dengan fahaman atau ajaran tersebut atau apa-apa fahaman atau ajaran yang mempunyai persamaan dengannya adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar;
  9. Apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan ajaran, pegangan atau fahaman mereka yang berpegang dengan fahaman atau ajaran tersebut atau apa-apa fahaman atau ajaran yang mempunyai persamaan dengannya atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan atau fahaman mereka yang berpegang dengan fahaman atau ajaran tersebut adalah diharamkan sama ada dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan atau siaran dalam mana-mana laman sesawang, blog, facebook, twitter atau media sosial lain adalah diharamkan;
  10. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah juga dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual atau mengedar filem, rakaman audio, risalah, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah atau apa-apa dokumen menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran dan fahaman mereka yang berpegang dengan fahaman atau ajaran tersebut atau apa-apa fahaman atau ajaran yang mempunyai persamaan dengannya;
  11. Semua pihak adalah dilarang dan ditegah daripada memberi apa jua kemudahan, sumbangan dan bantuan kepada mereka-mereka yang berpegang dengan fahaman dan ajaran tersebut atau apa-apa fahaman atau ajaran yang berpegang mempunyai persamaan dengannya daripada mengamalkan, menyebarkan dan mengembangkan fahaman dan ajaran kumpulan tersebut di negeri Melaka;
  12. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang melakukan perkara-perkara di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa di negeri Melaka; dan
  13. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang telah beribad’ah (taat setia) dan mengamalkan fahaman atau ajaran Millah Abraham @ Ibrahim atau mereka yang berpegang dengan fahaman atau ajaran tersebut atau apa-apa fahaman atau ajaran yang mempunyai persamaan dengannya di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah Subhanahu Wata’la.

Bertarikh 20 Julai 2017
Dated 20 July 2017
[JMM/BFB(S)/351/255/01/18;
PUNM. 700-02/37 Jilid 4]

DATUK SERI IR. HJ. IDRIS BIN HJ. HARON
Pengerusi/Chairman
Majlis Agama Islam
Melaka

Fail Fatwa

FATWA58-Pengharaman-Ajaran-Millah-Abraham-Ibrahim.pdf
← Kembali ke Aqidah Semua Warta Fatwa β†’