NEGERI MELAKA
Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA
GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY
Jil. 45
No. 14
12hb Julai 2001
TAMBAHAN No. 6
PERUNDANGAN
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI MELAKA) 1991
M. P.U. 6.
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 30
FATWA yang dinyatakan dalam Jadual telah dibuat oleh Mufti bagi Negeri Melaka menurut subseksyen 30(1) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Melaka) 1991 [Enakmen No. 5 tahun 1991] selepas dipertimbangkan dan diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa Syariah menurut subseksyen 33(6) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Melaka) 1991, dan disiarkan menurut subseksyen 30(1) Enakmen itu.
AJARAN QADIANI (QADIANIAH/AHMADIAH)
- Puak Qadianiah/Ahmadiah adalah puak yang terkeluar daripada Islam dan tidak boleh menikmati hak-hak sebagai seorang Islam termasuk pengkebumian dalam tanah perkuburan Islam.
- Oleh yang demikian
- mana-mana orang atau kumpulan orang yang berpegang pada ajaran dan fahaman Qadianiah/Ahmadiah ini adalah murtad; dan
- orang Islam yang telah mengamalkan ajaran Qadianiah/Ahmadiah di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah Subhanahu Wa Taβala.
Bertarikh 2 Julai 2001.
Dated 2 July 2001.
[PMM/0007 Jld. 3(27); PUN(M)351/27]
DATUK HJ. RASHID REDZA BIN HJ. MD. SALEH
Mufti,
Negeri Melaka