NEGERI MELAKA
Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA
GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY
Jil. 68
No. 37
12hb September 2024
TAMBAHAN No. 21
PERUNDANGAN
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM
(NEGERI MELAKA) 2002
ADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM
(STATE OF MALACCA) ENACTMENT 2002
M. P.U. 25.
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36
FATWA UNDER SECTION 36
Fatwa yang dinyatakan dalam Jadual telah disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 [Enakmen 7 tahun 2002] dan telah dikemukakan kepada Majlis oleh Mufti, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, menurut subseksyen 36(3), dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen 36(4) bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta dan telah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri menurut subseksyen 36(6) fatwa itu adalah disiarkan dalam Warta di bawah subseksyen itu.
THE FATWA set out in the Schedule was prepared by the Fatwa Committee under section 35 of the Administration of the Religion of Islam (State of Malacca) Enactment 2002 [Enactment 7 of 2002] and has been submitted to the Majlis by the Mufti, on behalf and in the name of the Fatwa Committee, pursuant to subsection 36(3), and the Yang di-Pertuan Agong has given his assent under subsection 36(4) for the publication of the fatwa in the Gazette and the State Government has been informed of the fatwa pursuant to subsection 36(6) and the fatwa is published the Gazette under that subsection.
JADUAL/SCHEDULE
- Fahaman, dan ajaran yang diasaskan, dan dibawa oleh Suhaini bin Mohammad atau Suhai Ibni Mohammad atau Si Hulk atau apa jua nama atau gelaran yang dikaitkan dengan Suhaini bin Mohammad adalah ajaran sesat, menyelweng, dan bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Antara fahaman, dan ajaran Suhaini bin Mohammad yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah:-
- mendakwa Nabi Muhammad SAW adalah Tuhan. (Petikan kata-kata beliau dalam youtube bertajuk: Sesat atau Benar bertarikh 4 April 2020).
- menyamakan sifat Nabi Muhammad SAW dengan sifat Tuhan, rahsia Tuhan iaitu bahagian 5: โSaya berpendapat bahawa, Nabi Muhammad Salla Allahu Alaihi Wasallam adalah Esa, bersalahan dengan makhluk. Baginda tidak beranak dan tidak diperanakkan, Nabi Muhammad Salla Allahu Alaihi Wasallam adalah induk (ummi) dan semua makhluk adalah cahaya (nur) baginda yang diseru Allah kepada bagindaโ. (Sumber: Status facebook yang dimuat naik melalui facebook Suhai Ibni Mohammad).
- Nabi Muhammad SAW tidak mempunyai jantina. (Sumber: Status facebook yang dimuat naik beliau pada tahun 2018).
- kelazatan melihat wajah Allah (wajah Rasulullah) adalah penyebab lahirnya zuriat Nabi SAW yang dikandungkan oleh Saidatina Khadijah Radiallahu Anha. (Sumber: Status facebook yang dimuat naik beliau pada tahun 2018).
- membuat kenyataan terhadap hadis di bawah dengan menyatakan bahawa Nabi tiada kemaluan. Berdasarkan hadis Nabi Salla Allahu Alaihi Wasallam: ุนู ุงูุณ ุจู ู ุงูู ูุงู ูุงู ุฑุณูู ุงููู ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู : ู ู ูุฑุงููุชู ุนูู ุฑุจู ุงูู ููุฏุช ุฎุถุบูุง ููู ุชุฑุณ ุงุญุฏ ุณูุงูู Kata Suhaini Mohammad โtelah terpotong bukan baru potong. Maknanya dari awal lagi dan bukan ada baru potongโฆ tak. Atau pun dulu ada lepas tu kena potongโฆbukan. Sejak azali lagi dan kena.. dah tak dak. dan sekog pun tak nampak.. dan tak dak memang tak nampaklahโ. (Sumber: Petikan daripada Youtube Transformation Academy ucapan Suhaini bin Mohammad bertajuk Nabi Tiada Kemaluan minit 2:11 hingga 2:26)
- membuat tafsiran yang menyelweng pada ayat al-Quran dalam surah al-Baqarah ayat 35 dan surah Taha ayat 120 iaitu ayat yang melarang Nabi Adam dan isterinya memakan buah larangan. Kata Suhaini Mohammad: โAdam makan buah Hawa melalui mulut atas lalu jadilah halkum, manakala Hawa makan buah Adam melalui mulut bawah lalu jadilah ovari yang akibatnya menyebabkan wanita datang haid setiap bulan:. (Sumber petikan daripada Youtube Transformation Academy ucapan Suhaini bin Mohammad bertajuh Sesat atau Benar minit 7:35 hingga 9:30).
- mereka-reka hadis yang yang didakwa sebagai hadis Qudsi yang menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW itu Esa. (Sumber petikan daripada Youtube Transformation Academy ucapan Suhaini bin Mohammad bertajuk Ahmad Tanpa Mim: saat 0.32 hingga minit 1:02).
- menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW tiada kemaluan dan menyatakan bahawa peristiwa Saidina Ali melihat baginda tidak mempunyai kemaluan menyebabkan Saidina Ali mendapat gelaran Karamallahu Wajhah. (Sumber: Petikan daripada Youtube Transformation Academy ucapan Suhaini bin Mohammad bertajuk Saidina Ali Melihat Keesaan Nabi).
- membuat penipuan terhadap produk yang dikeluarkan seperti air, dan botol Si Hulk untuk menarik minat orang membelinya seperti:
- membuat dakwaan yang tidak berasas, dan membuat tafsiran yang salah terhadap ayat al-Quran pada surah al-Baqarah ayat 248 dengan menyatakan bahawa kotak Si Hulklah peti tabut yang menjadi rebutan. (Sumber: Status facebook Si Hulk).
- Si Hulk merupakan air hayat iaitu air yang diperoleh Nabi Khidir menjadikan baginda mampu hidup sehingga hari kiamat.
- botol Si Hulk digunakan untuk melaksanakan ritual menangkap jin ke dalam botol.
- Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang, dan diharamkan berpegang dengan fahaman dan ajaran Suhaini bin Mohammad sama ada dengan menjadi pengikut, ahli kumpulan, berada di dalam majlis atau acara yang boleh dikaitkan dengan fahaman, dan ajaran Suhaini bin Mohammad;
- Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang mengajar, menganjur, belajar, mengadakan, membantu menjayakan apa-apa majlis yang boleh dikaitkan dengan fahaman, dan ajaran Suhaini bin Mohammad adalah melakukan kesalahan;
- Apa-apa bahan hebahan dan sebaran yang menonjolkan ajaran, pegangan atau fahaman Suhaini bin Mohammad dalam apa jua bentuk penerbitan, dan cetakan atau siaran dalam mana-mana laman sesawang, blog, instagram, facebook, twitter atau media sosial lain adalah ditegah untuk disebarkan dan dilayari atau diikuti;
- Mana-mana orang Islam adalah dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual atau mengedlar filem, rakaman audio atau visual, risalah, buku-buku, majalah atau apa-apa dokumen yang boleh mengaitkan fahaman, dan ajaran Suhaini bin Mohammad;
- Mana-mana orang Islam adalah dilarang dan ditegah daripada mengamal, menyebar, dan mengembangkan fahaman dan ajaran Suhaini bin Mohammad di Negeri Melaka; dan
- Mana-mana orang Islam adalah dilarang mempercayai, memiliki atau menyimpan produk yang didakwa mempunyai kelebihan, dan khasiat tertentu yang boleh membawa kepada syirik kepada Allah.
- Mana-mana orang Islam hendaklah menjauhi fahaman, dan ajaran yang dibawa oleh Suhaini bin Mohammad ini dan dilarang berpegang, mempercayai, menyebarkan, dan mengamalkan ajaran ini.
- Mana-mana orang Islam yang telah terlibat dengan fahaman, dan ajaran Suhaini bin Mohammad ini hendaklah segera bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah SWT. Fahaman, dan ajaran yang dibawa oleh Suhaini bin Mohammad ini hendaklah disekat dengan apa cara sekalipun daripada disebarkan di Negeri Melaka.
- Mana-mana orang Islam yang melakukan mana-mana perkara di atas adalah melakukan suatu kesalahan, dan boleh diambil tindakan di bawah mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di negeri Melaka.
Bertarikh 27 Ogos 2024
Dated 27 August 2024
[JMM/BFB(S) 600-1/8/2 JLD 3;PUNM.700-02/37 Jilid 4]
DATUK SERI UTAMA AB RAUF BIN YUSOH
Pengerusi/Chairman
Majlis Agama Islam
Melaka