NEGERI MELAKA
Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA
GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY
Jil. 65
No. 5
4hb Mac 2021
TAMBAHAN No. 2
PERUNDANGAN
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002
ADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM (STATE OF MALACCA) ENACTMENT 2002
M. P.U. 8.
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36
FATWA UNDER SECTION 36
Fatwa yang dinyatakan dalam Jadual telah disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah Seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 [En. No. 7 tahun 2002] dan telah dikemukakan kepada Majlis oleh Mufti, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, menurut subseksyen 36(3), dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen 36(4) bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta dan telah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri menurut subseksyen 36(6) fatwa itu adalah disiarkan dalam Warta di bawah subseksyen itu.
The FATWA set out in the Schedule was prepared by the Fatwa Committee under Section 35 of the Administration of the Religion of Islam (State of Malacca) Enactment 2002 [En. No. 7 of 2002] and has been submitted to the Majlis by the Mufti, on behalf and in the name of the Fatwa Committee, pursuant to subsection 36(3), and the Yang di-Pertuan Agong has given his assent under subsection 36(4) for the publication of the fatwa in the Gazette and the State Government has been informed of the fatwa pursuant to subsection 36(6) and the fatwa is published the Gazette under that subsection.
JADUAL
PENYELEWENGAN UPACARA DAN AMALAN PERBOMOHAN IBRAHIM BIN MAT ZIN
- Upacara dan amalan perbomohan Ibrahim bin Mat Zin untuk apa-apa tujuan dengan menggunakan atau tidak menggunakan apa-apa objek adalah menyeleweng dan berlawanan dengan ajaran Islam menurut pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
- Oleh yang demikian, mana-mana orang Islam atau kumpulan orang Islam adalah dilarang:
- Menganut, mengamal, menjadi ahli, menjadi pengikut, mengisytiharkan diri sebagai ahli, mengisytiharkan diri sebagai pengikut perbomohan tersebut; atau
- memiliki, menyimpan, mencetak, menerbit, memuat naik, memuat turun, menjual, mengedar atau menggunakan apa-apa terbitan, risalah, majalah, buku, media sosial, dokumen, rakaman audio, filem, amalan atau upacara perbomohan tersebut; atau
- mengajar, menyebar, menghidup, membantu, menganjur, mempromosi upacara atau amalan perbomohan tersebut, menghadiri apa-apa upacara yang dikaitkan dengan amalan perbomohan tersebut atau menyokong apa-apa aktiviti perbomohan tersebut sama ada secara langsung atau tidak langsung.
- Mana-mana orang Islam adalah dilarang bersubahat daripada melakukan mana-mana perkara yang dinyatakan dalam perenggan (2).
- Mana-mana orang Islam atau kumpulan orang Islam yang telah melibatkan diri dengan upacara dan amalan perbomohan Ibrahim bin Mat Zin sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (2) hendaklah bertaubat kepada Allah SWT.
- Mana-mana orang Islam yang melakukan apa juga aktiviti yang berkaitan dengan upacara dan amalan perbomohan Ibrahim bin Mat Zin adalah melakukan kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa di Negeri Melaka.
Bertarikh 6 Januari 2021
Dated 6 January 2021
[JMM/BFB(S)/600-1/9/1-21; PUNM. 700-02/37 Jilid 4]
DATUK SERI UTAMA HJ. SULAIMAN BIN MD ALI
Pengerusi/Chairman
Majlis Agama Islam
Melaka