17 Safar 1448 H | Jumaat, 31 Julai 2026
Soalan Lazim Peta Laman Maklum Balas |
|
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Utama / Pusat Media / Galeri / Galeri Gambar

Galeri Gambar

Kembali ke Galeri

Ibrah Israk & Mikraj

16 Jan 2025 · 5 imej

KUALA SG. BARU, 16 Jan – Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat Jabatan Mufti Negeri Melaka telah menganjurkan program berbentuk bual bicara Forum Bicara Mufti yang telah diadakan di Masjid Ar-Rafaei, Kampung Ayer Molek, Kuala Sungai Baru.

Melalui tajuk  “Ibrah Israk & Mikraj” forum ini telah menampilkan panel hebat seperti Sahibus Samahah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Dr Mohd Nadzli bin Omar, Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka dan Ustaz Mohd Nidzar bin Nor Mohamd, Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Mufti Melaka selaku moderator.

 Datuk Rosli bin Abdullah, Timbalan EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama yang juga merupakan ADUN Kuala Linggi bersama penduduk Kampung Ayer Molek mengimarahkan forum yang mengupas berkenaan kelebihan bulan Rejab dan peristiwa agung yang berlaku dalam bulan Rejab iaitu peristiwa Israk & Mikraj.