17 Safar 1448 H | Jumaat, 31 Julai 2026
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Home / Media Center / Gallery / Image Gallery

Image Gallery

Back to Gallery

Program "Gegau Subuh" bersama Alif Satar

2 Mar 2025 · 5 images

KRUBONG, 2 Mac - Program “Gegau Subuh” bersama Alif Satar yang telah dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Melaka, Jabatan Agama Islam Melaka dan Jabatan Mufti Melaka sempena menyambut bulan Ramadan bagi tahun 2025 di Masjid Cina Negeri Melaka telah mendapat sambutan menggalakkan oleh rakyat Negeri Melaka.

Kira-kira 1,000 jemaah menyertai kempen yang dimulakan dengan solat subuh berjemaah yang telah dipimpin oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka.

Selepas solat, program diteruskan dengan Soal Jawab “Alif Tanya Mufti Jawab” berbentuk bual bicara yang mengupas berkenaan persoalan berkenaan hukum serta panduan di bulan Ramadan.