17 Safar 1448 H | Jumaat, 31 Julai 2026
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Home / Media Center / Gallery / Image Gallery

Image Gallery

Back to Gallery

Cerapan Anak Bulan Hilal Zulhijjah 1446 Hijrah

27 May 2025 · 5 images

TG.BIDARA, 27 Mei - Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil telah mengetuai Jawatankuasa Rukyah Hilal Negeri Melaka di Balai Cerap Al-Khawarizmi, bagi melaksanakan Cerapan Anak Bulan Hilal Zulhijjah 1446 Hijrah.

Penentuan Hari Raya Korban pada tahun ini telah ditetapkan pada 7 Jun 2025 bersamaan 10 Zulhijjah 1446 Hijrah iaitu pada hari Sabtu dan telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja.

Hasil cerapan petang ini, hilal tidak kelihatan di Balai Cerap Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara disebabkan faktor cuaca.

Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil kemudiannya telah melaporkan kepada Pejabat Penyimpan Besar Mohor Raja-Raja berkaitan hasil cerapan pada petang tadi.

Maka, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja setelah menerima laporan dari semua negeri-negeri telah mengisytiharkan bahawa tarikh 1 Zulhijjah 1446H ditetapkan pada Khamis 29 Mei 2025M manakala Tarikh 10 Zulhijjah 1446H iaitu Hari Raya Aidiladha ditetapkan pada 7 Jun 2025M (Sabtu).

Sahibus Samahah Datuk Wira Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan seluruh warga Jabatan Mufti Negeri Melaka mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1446H.