17 Safar 1448 H | Jumaat, 31 Julai 2026
Soalan Lazim Peta Laman Maklum Balas |
|
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Utama / Pusat Media / Galeri / Galeri Gambar

Galeri Gambar

Kembali ke Galeri

Kursus Peningkatan Ilmu Calon Pegawai Masjid Negeri Melaka Bil. 2/2025 (Hari Kedua)

2 Jul 2025 · 5 imej

TG. BIDARA, 2 Julai – Kursus Peningkatan Ilmu Calon Pegawai Masjid Negeri Melaka Bil. 2/2025 diteruskan dengan pengisian tiga slot utama yang memberi fokus kepada kemahiran praktikal dan kefahaman asas peranan pegawai masjid.

Slot 4 bermula jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi disampaikan oleh Ustaz Muhammad Fadhil bin Nor Azman dengan tajuk Pengurusan Jenazah. Slot ini menekankan aspek teori dan praktikal berkaitan pengendalian jenazah mengikut hukum syarak dan tatacara yang betul.

Slot 5 dan 6 yang berlangsung pada jam 10.30 pagi hingga 1.00 petang dan disambung jam 2.30 hingga 4.30 petang telah dikendalikan oleh Prof. Dr. Muhammad Hafiz bin Saleh. Slot-slot ini memberi tumpuan kepada Azan, Iqamah dan Solat serta Ilmu Tajwid, yang penting dalam memastikan ketepatan penyampaian serta bacaan dalam ibadah harian.

Kursus ini merupakan salah satu inisiatif berterusan Jabatan Mufti Negeri Melaka dalam melahirkan pegawai masjid yang kompeten, berilmu dan bersedia memikul amanah di institusi masjid negeri.