17 Safar 1448 H | Jumaat, 31 Julai 2026
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Home / Media Center / Gallery / Image Gallery

Image Gallery

Back to Gallery

Kunjungan hormat daripada delegasi Mufti Kerajaan Negeri Kelantan

17 Oct 2025 · 4 images

BUKIT PALAH, 10 Oktober  – Jabatan Mufti Negeri Melaka hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Mufti Kerajaan Negeri Kelantan yang diketuai oleh Sahibus Samahah Dato' Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Kerajaan Negeri Kelantan.

Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan silaturahim serta mempererat kerjasama antara kedua-dua jabatan dalam pelbagai aspek, khususnya dalam bidang fatwa, penyelidikan dan pembangunan ilmu falak serta pemerkasaan pendidikan kefatwaan.

Delegasi disambut mesra oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka bersama pegawai-pegawai kanan Jabatan Mufti Negeri Melaka. Sesi perbincangan berlangsung di Bilik Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Melaka diikuti dengan sesi taklimat ringkas berkenaan struktur organisasi, fungsi serta inisiatif semasa yang dilaksanakan oleh jabatan.

Antara perkara yang dibincangkan termasuklah peluang kerjasama dalam pembangunan modul latihan fatwa, pertukaran kepakaran dalam penyelidikan ilmiah Islam serta perkongsian teknologi dan data dalam bidang falak syarie..

Kunjungan ini diakhiri dengan sesi pertukaran cenderamata sebagai tanda penghargaan dan kenangan antara kedua-dua pihak.

Jabatan Mufti Negeri Melaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kunjungan ini dan berharap agar jalinan kerjasama yang terjalin akan terus memberi manfaat kepada perkembangan institusi kefatwaan dan umat Islam secara amnya.