17 Safar 1448 H | Jumaat, 31 Julai 2026
Soalan Lazim Peta Laman Maklum Balas |
|
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Utama / Pusat Media / Galeri / Galeri Gambar

Galeri Gambar

Kembali ke Galeri

Program Bicara Mufti “Maulid & Berzanji: Tradisi, Cinta Rasul dan Isu Bida’ah – Satu Penjelasan”

22 Dec 2025 · 5 imej

SERKAM, 19 Disember – Suasana Masjid Al Faizin, Bukit Tembakau dipenuhi para jemaah yang hadir bagi menyertai Program Bicara Mufti yang berlangsung dari jam 6.00 petang hingga 11.00 malam. Program ini menjadi medan perkongsian ilmu dan pencerahan isu-isu keagamaan semasa, khususnya berkaitan amalan tradisi dalam kalangan masyarakat Islam.

Forum yang bertajuk “Maulid & Berzanji: Tradisi, Cinta Rasul dan Isu Bida’ah – Satu Penjelasan” ini menampilkan dua tokoh agama utama sebagai panel, iaitu Sahibus Samahah Prof. Madya Dato’ Faudzinaim bin Badaruddin, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan dan Sahibus Samahah Tuan Haji Hazarudin bin Baharudin, Timbalan Mufti Negeri Melaka. Forum ini telah dikendalikan oleh Ustaz Shahrir Asraf bin Datuk Haji Azmi, Penolong Pegawai Jabatan Agama Islam Negeri Melaka selaku moderator.

Turut hadir memeriahkan program ialah Datuk Zaidi bin Atan, Timbalan EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Kebudayaan Negeri Melaka yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Serkam. Beliau turut berkesempatan menyampaikan sumbangan kit makanan daripada Majlis Agama Islam Negeri Melaka kepada beberapa orang jemaah yang memerlukan. Program ini diharap dapat memberi kefahaman yang jelas kepada masyarakat serta memperkukuh kecintaan umat Islam terhadap Rasulullah SAW berlandaskan ilmu dan panduan yang sahih.