10 Safar 1448 H | Jumaat, 24 Julai 2026
Soalan Lazim Peta Laman Maklum Balas |
|
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Utama / Mufti Pertama Negeri Melaka

Mufti Pertama Negeri Melaka

← Senarai Mufti
Tuan Haji Khalil bin Haji Husin (Almarhum)
Mufti Pertama

Tuan Haji Khalil bin Haji Husin (Almarhum)

April 1960 – Jun 1960
Tarikh Lahir17 Mei 1886M / 13 Syaaban 1303H
Tempat LahirKampung Hulu (Kampung Melayu), Bandar Melaka

Pendidikan

Mempelajari ilmu agama di Masjid al-Haram, Makkah al-Mukarramah ketika berusia 4 tahun. Pernah berguru dengan Syeikh Haji Omar Sembawa dan Mohammad Jamaluddin bin Mohammad Al-Amir, Mufti Makkah selama 12 tahun.

Kerjaya

Mendapat Tauliah Residen Melaka dan dilantik oleh Gabenor Melaka sebagai Kadi Negeri Melaka pada 19 Februari 1918 / 5 Jamadil Awwal 1336H. Meletakkan jawatan sebagai Kadi Negeri Melaka dengan rela hati pada 14 November 1919 / 20 Safar 1338H.

Memangku jawatan Imam dan Khatib Masjid Kampung Hulu mulai 25 Mei 1923, dan dilantik secara rasmi menjadi Khatib, Imam dan Pemegang Amanah Masjid Kampung Hulu pada 4 Oktober 1923. Mengambil alih tugas Mufti Negeri Melaka mulai tahun 1928 selepas kematian Mufti terdahulu, Tuan Haji Ahmad bin Abdul Rauf.

Dilantik sebagai Mufti Negeri Melaka yang pertama pada 18 Mac 1948 / 7 Jamadil Awwal 1367H, dan dilantik secara rasmi sebagai Mufti Negeri Melaka pada April 1960 sempena penubuhan Majlis Agama Islam Melaka.

Sumbangan

Mengasaskan pembinaan Sekolah Agama Masjid Kampung Hulu yang dinamakan Madrasah Al-Aliyah. Banyak tempat dan kampung yang dilawatinya untuk mengajar ilmu agama. Beliau seorang yang luas ilmunya dan terkenal dengan ketegasannya dalam menegakkan hukum-hukum Islam, di samping seorang ahli falak yang cekap dan mahir dalam pembacaan Al-Quran dengan tujuh kaedah qira’at.

Penulisan

  • Tahsinul Lisan (ilmu Tajwid)
  • Tashilul Fara’id (Bab Fara’id / Wali Nikah Kahwin)
  • Risalah Perbahasan Kaum Muda
  • Risalah Perbahasan Penggunaan Nakos

Tarikh Meninggal Dunia

Kembali ke rahmatullah pada jam 10.00 pagi hari Jumaat, 10 Jun 1960M / 15 Zulhijjah 1379H ketika berumur 76 tahun, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam Bukit Senjuang, Melaka.