13 Jamadilawal 1448 H | Sabtu, 24 Oktober 2026
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Home / News & Press / Kunjungan hormat daripada delegasi Lembaga Pertubuhan Pelad…
News Β· 5 October 2026

Kunjungan hormat daripada delegasi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Melaka

ππ”πŠπˆπ“ 𝐏𝐀𝐋𝐀𝐇, πŸ“ πŽπ€π­π¨π›πžπ« β€” Jabatan Mufti Negeri Melaka menerima kunjungan hormat daripada delegasi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Melaka bagi memperkenalkan Pengarah LPP Negeri Melaka yang baharu, Tuan Zulkifly bin Jamil sekali gus mengukuhkan jalinan kerjasama strategik antara agensi.
​Pertemuan rasmi tersebut menjadi platform perbincangan dua hala merangkumi potensi usaha sama dalam pembangunan komuniti serta pematuhan prinsip syariah merentas sektor perkhidmatan.
​Pihak Jabatan Mufti Negeri Melaka menzahirkan ucapan tahniah atas pelantikan kepimpinan baharu LPP Negeri Melaka dan komited untuk terus menyokong inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat negeri. ​Sesi kunjungan diakhiri dengan pertukaran cenderamata serta sesi fotografi rasmi
← All News